Artis / Selebriti
” Oma speaks English tapi Isaac cakap in Malay. Soft spoken comel je.. ” – Netizen
Video Isaac Raees Mewarna Bersama Ibu Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff Raih Pujian Ramai. Seronok Dengar Isaac Berbual Dengan Oma, Lemah Lembut Je. Part Isaac Cakap ‘Boleh’ Tu Comel Sangat !!
2 minggu yang lalu, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees membuat surprise untuk ibu Zahirah, Maslinda Yusoff dengan pulang ke Perth tanpa diberitahu terlebih dahulu. Gembira bukan kepalang Maslinda apabila melihat cucu kesayangan berada di hadapan mata.
Banyak video yang dikongsikan oleh Maslinda ketika Isaac berada di sana dan salah satunya adalah ketika mereka berdua membuat aktiviti mewarna bersama-sama. Meninjau akaun Instagram Maslinda Yusoff, telah dikongsikan moment indah itu.
Isaac sememangnya manja dan akrab dengan Oma nya ini. Seronok warganet melihat perbualan antara Isaac dan Oma. Isaac tetap menjawab dalam bahasa Melayu walaupun Oma bertanya dalam bahasa Inggeris. Alahai bijak Isaac, faham bahasa Inggeris tetapi jawab dalam bahasa Melayu.

Apa yang membuatkan warganet geram adalah mendengar perkataan ‘ boleh ‘ yang diungkapkan oleh Isaac. Isaac seorang yang soft spoken sama seperti Zahirah dan Aiman. Oma pun kelihatan gembira sangat dapat bersama Isaac, melayan sahaja semua yang ingin Isaac lakukan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Oma Isaac ini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ok boleh, alaha sweet sangat ayat Isaac ni.. Bagus Isaac, cintakan bahasa Malaysia walaupun dia faham and boleh bertutur dalam bahasa inggeris. didikan keluarga yang sangat baik alhamdulillah.. ”
” Oma speaks English tapi Isaac ckp in Malay… boleh… colour tayar-tayar.. Soft spoken comel jer layan Oma dia “bolehhhh” Oma please more Ijack’s video.. ”
” Sweetnya Isaac ni, soft spoken. Respect wlaupun mom dia membesar di Australia. Anak dia tetap berbahasa melayu.. ”
” Issac ikut acuan mummy n daddy dia.. cakap campur2 English n malay.. faham bahasa inggeris tapi cakap Melayu… brilliant boy.. ”
” Alaaa sopannye awak ni.. soft spoken sangat.. boleh.. cair achik tau.. semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbakti pada ibu bapa & berjaya dunia akhirat.. ok sayang.. ”
” Sopannya dia brckp dgn omma nya. Comel je.. suka sgt ijack ni ckp melayu.. ni mesti ijack tak terpengaruh dengan youtube n gadget.. well done ijack.. ”
” Sama mcm mumy dia bile cakap..mumy and dady pun soft spoken jugak. Ger4m je dengar dia sebut “Boleh” tu.. ”
Bagus didikan Zahirah dan Aiman, bahasa ibunda tetap diterapkan dalam diri Isaac. Isaac juga pandai menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik apabila berbual. Semoga Isaac terus membesar menjadi anak yang bijaksana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maslinda Yusoff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



