Artis / Selebriti
” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
Video Hafiz Suip berduet bersama Ummi Umairah menyanyikan lagu Muara Hati dan Salahkah di Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip raih pujian warganet. Meremang dengar paduan suara Hafiz dan Umai, padu teruk lah..
Impian peminat untuk melihat Hafiz Suip membuat konsert tercapai apabila semalam berlangsungnya Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip di Mega Star Arena KL. Selain nyanyian solo, Hafiz turut mendatangkan beberapa artis jemputan sebagai pasangan duetnya antaranya anak saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan nyanyian Hafiz dan Umai. Hafiz menyanyikan kembali lagu hits duetnya bersama DS Siti berjudul Muara Hati dan Dato’ Rossa berjudul Salahkah bersama Umai.
Nyanyian Umai meraih pujian ramai kerana Umai ada cara dan lenggoknya tersendiri membawakan kedua-dua lagu ini. Antara pujian yang diberikan oleh warganet adalah Umai langsung tidak dibayangi suara DS Siti walaupun menyanyi lagu ibu saudaranya itu.

Umai memiliki keunikan suaranya yang tersendiri dan apabila berpadu bersama Hafiz, hasilnya cukup baik dan sempurna. Untuk info, Umai yang merupakan artis di bawah syarikat pengurusan SN Legacy ini turut menyanyikan lagu single terbarunya berjudul Sayap di konsert tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Padu teruks seyh gabungan umai dgn hafiz.. suara umai memang vibes tokti. suara hafiz pun dan kembali seperti dulu.. “
” Lantang ya suara umairah.. untuk umur seperti dia Dan Amad dlm nyanyian superb.. suara umai adalah suara dia sendiri tak tiru suara mak iti.terbaik… One day mesti umai meletop.. tahniah Hafiz.. “
” Shedapppp bethol suara Umai.. takde suara mck diaaa. Identiti tersendiri. Insyallah umai akan berjaya.. “
” Umai baru belasan tahun… kalu 25 keatas.. i yakin dia akan duduk disatu tempat yg dia sendiri jangka.. jgn disiakan bakat yg ada syg.. “
” Sedapnya suara Umai.. ni antara duet yang padu dan gempak pernah dengar untuk Hafiz.. lunak suara, dua dua ada masterpiece.. “
” Goosebumps ye dengar.. suara gemersik.. level dia ni memang level level atas gila.. Lama Malaysia tak ada suara clean sedap didengar macamni.. “
” Suara x perlu nak diperkatakan.. memang terbaik..bestnya clear gilaaa.. Sedap betul duet diaorg ni.. suara hafiz sedap.. gandingan yg serasi… blend together2 suara tu.. “
Ramai yang berpendapat Umai pasangan duet baru yang sesuai bersama Hafiz kerana kedua-duanya mempunyai kualiti suara yang seimbang apabila bergandingan. Mungkin pada masa akan datang, Hafiz dan Umai boleh keluarkan satu lagu single baru mereka berdua. Tentu akan mendapat sambutan hangat daripada peminat Hafiz dan Umai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok SN Legacy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

