Artis / Selebriti
” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
Video throwback persembahan duet Hafiz Suip dan isterinya, Fiona sebelum mereka bergelar suami isteri kembali menjadi tular. Wah penyanyi rupanya Fiona, ramia yang tak tahu. Merdu suara Fiona, sesuai berduet dengan Hafiz..
Penyanyi bersuara emas, Hafiz Suip sememangnya dikenali sebagai antara vokalis lelaki terbaik di Malaysia. Juara program realiti Akademi Fantasia ini bukan sahaja berjaya menawan hati peminat dengan teknik vokalnya yang mantap, malah sering menyentuh emosi pendengar melalui lagu-lagu balada yang penuh penghayatan.
Semalam Hafiz telah pun mendirikan rumahtangga buat kali kedua dengan wanita pilihan hatinya bernama Fiona. Ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang berjaya mencuri hatinya. Ternyata wanita tersebut merupakan penyanyi seperti Hafiz.
Sebuah video persembahan duet mereka bersama menyanyikan lagu Ombak Rindu telah dikongsikan di akaun Tiktok Fiona sendiri. Persembahan tersebut bukan sahaja mempamerkan keserasian vokal mereka, malah jelas terpancar chemistry semula jadi sebagai pasangan dalam kehidupan sebenar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji kemerduan suara Fiona dan ada yang menyatakan Hafiz boleh membuat album baru dengan berduet dengan isterinya selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
@fiona_john1111 Clearing draft…A little throwback.. 🎤😊 #fyp #ombakrindu #duet #konsert #foryou
Di ruangan komen , ramai yang memuji kemerduan suara Fiona. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Mmg penyanyi kh Fiona ni? Wahh kalini 1 negeri ka? semoga bahagia ke jannah suara hafiz ni memang sedap gila ek..”
” Fiona yg bawa lagu adat bidingan dulu2 ka? patut la cantik Manis sapa Fiona tok kah? sdap suara nya lepas ni hafiz boleh berduet dgn isterinya sendiri.. :”
” Tahniah Fiona. No wonder mcm familiar, paduhal kmk pernah attend Talk fiona towk pd July 2024 Dari jauh sekali imbas, ingatkan muka Daiyan Trisha.. “
” Hafiz dh dpt jiwa balik lah ea… tahniah hafiz dan fiona..moga bahagia dan berkekalan hgga akhir hayat msuk gv hafiz ..psti meletup..nme akan naik blik mcm dulu2.. “
” Tahniah Hafiz Suip sy minta dia dri AF lg, semoga brkekalan hingga ke Jannah..Amin cantik nya..aku pun duda, harap sgt dpt pengganti yg lbh baik dr yg lalu.. “
” Tahniah hafiz awan nano dapat isteri cantik sgt2… Jaga dia baik2.. Jaga hati dia pimpin dia hgga ke syurga. Amin yarabal alamin.. “
” Kenapa fiona ni ada suara sedap kenapa saya tak Inikah yang kawrn dengan Hafiz sekarang? kalau ya tahniahhh!! lpsni hafis mkin sihat..sbb dah bhgia.. “
Duet romantis antara Hafiz Suip dan Fiona menerusi lagu Ombak Rindu bukan sekadar persembahan biasa, tetapi simbol kasih sayang dan keserasian yang lahir daripada hubungan sebenar suami isteri. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fiona J
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

