Artis / Selebriti
” Pecah perut ketawa, rimas dah Mak Semah. Time Umie diam tu mesti dia tengah mengekek ketawa takde suara, haha.. ” – Komen Netizen
Video Datin Sri Umie Aida menyakat ibunya, Mak Semah yang sedang live di Tiktok buat warganet terhibur. Adui kelakar soalan-soalan Umie tu, sampai naik angin Mak Semah hendak menjawabnya. Lawak betul..
Mak Semah merupakan panggilan yang digunakan untuk ibu kepada Erma Fatima, Umie Aida dan Betty Rahmad. Seorang ibu yang selalu ceria, gelagat Mak Semah seringkali menghiburkan warganet. Mak Semah selalu disakat oleh anak-anak perempuannya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cik Semah Mall, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Mak Semah apabila diusik oleh Umie. Mak Semah yang ketika itu sedang membuat live di platform Tiktok menerima panggilan daripada Umie.
Mendengar sahaja suara Umie, Mak Semah sudah dapat mengagak yang anaknya ini ingin menyakatnya. Pelbagai soalan yang ditanyakan oleh Umie antaranya cara memasak telur masak kicap, cara memasak nasi supaya lembut dan cara membuat air kopi.

Mak Semah seperti mak-mak Asia yang lain, bebelan itu pasti akan disusuli bersama. Mengekek menantu Mak Semah bernama Nurul yang duduk di sisi Mak Semah mendengar cara Mak Semah menjawab soalan Umie. Boleh naik hantu Mak Semah melayan kerenah Umie yang nakal.
Jom tonton video di bawah :
@pamaksemah video agak panjang ye.🤣🤣🤣 #tiktoklive #livehighlights #live #nasihatkehidupan #sembangciksemah 😍😍😍
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mcm kita adik bradik kita pun tiga pompuan.. Ibu sama jer mcm MakSemah.. nak jumpa kan diaorg la. love love MakSemah.. “
” Dengan kita mngekek gelak.. umie aida ni boleh tahan gak ah hahahahahahahahaha lawak lah.. Npk kasar mcm mak senah lyn ank tp mak mcm ni best dpt bergurau.. “
” Selain kak Erma kak Umie lg kuat nyakat cik Semah.. best nyer dpt ngacau mak mcm mak semah nih.. bkn org sebelah jer gelak mcm nk rak.. kite yg dengor pon ikot ketawa ngekek ngekek.. “
” Umie ni aku syak dia stalk mak sendiri 24/7 supaya senang dia nk cari bahan membahan Mak Semah. Mak Semah dari marah sampai redha melayannya.. “
” Mak dia macam malas nk layan, bg resepi simple jela.. Panas minyak, pecah telur, masuk kicap.. Sweet je.. Pndai mak nye ngenekan ank.. “
” Rasanya Klau anak saya pun tanya gini. mmg kena carut juga tu…. apa pun ter hibur NGN bebelan mak Semah. seronok tgok kerenah mak semah.. “
” Pecah perut smlm ya allah haha.. letak kol… letak kol blk haha.. kak umi pon sj menyakat. rimas dah mak semah.. time kak umi diam tu mesti dia tengah mengekek ketawa takde suara.. “
Seronok betul Umie menyakat Mak Semah, mana lah Mak Semah tak angin. Soalannya itu banyak tak masuk akal. Dari Mak Semah hendak marah terus jadi ketawa besar gara-gara perangai Umie itu. Apa-apa pun, semoga Mak Semah sihat selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Semah Mall
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

