Artis / Selebriti
” Tak berkelip mata Fattah tenung Amira. Lamanya tenung, aku pulak yang blushing ni.. ” – Komen Netizen
Video rakaman secara senyap-senyap gelagat Fattah Amin ketika sedang shooting bersama Amira Othman raih perhatian warganet. Amboi mata Bang Long tak lepas pandang Kak Long. Panahan cinta ke tu Bang Long, hehe..
Kolaborasi antara Fattah Amin dan Amira Othman ternyata satu percaturan yang terbaik. Nama mereka menjadi sebutan dan ini membuatkan produk yang melantik pasangan ini sebagai duta semakin tinggi jualan mereka. Rissa Skin antara asbab pasangan ini semakin akrab dan selesa bekerja bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fattahamiraa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah ketika sedang shooting bersama Amira. Fattah tidak menyedari aksinya itu dirakam oleh salah seorang kru yang berada di set penggambaran.
Menerusi video ini, kelihatan Amira sedang membaca skrip yang diterangkan oleh seorang kru. Fattah pula tidak dapat memberikan fokusnya kerana matanya asyik merenung wajah Amira yang berada di hadapan. Bukan sesaat dua renungan Fattah dan ianya renungan yang lama.

Memetik komen warganet, gelagat Fattah itu membuatkan mereka pula merasa tersipu-sipu malu. Pandangan mata Fattah itu menunjukkan hubungannya bersama Amira bukan setakat rakan sekerja tetapi sudah lebih daripada itu. Renungan yang penuh dengan perasaan sayang sehingga tidak berkelip mata Fattah dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamiraa kenapa saya pula yg blushing ni 🤸🏼♀️🏃🏼♀️💨@Fattah Amin @Amira Othman #fattahamin #amiraothman #fyp #foryou #fypage #foryoupage #trending #malaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Mata tu, mata tu.. meminta ek, neyyy hahah.. kita pulak yg blushing.. adoiii bang long. tak lari kak long tu.. FA Dan AO.. “
” Mata tak lepas pandang Mira.. pandangan tengah membiru tu, nampak love biru dekat depan hehe.. “
” Rakan sekerja tanpa berkelip mata.. mira prasan tu fattah tgk dia.. bile dah start pgg hidung pgg muka tu segan la tu.. “
” Aduh dua main pandangan cinta pulak.. rupenya ada kru yg rakam ek.. senyap senyap.. abg long pon nk pdg tu prhti la dlu ni tak, tenung tak tengok sekeliling.. “
” Lamanya tenung, Alamak apesal aku rasa badan aku mencair ni.. Org lain yg kena tenung aku yg cair.. aku lak yg blushing ni.. “
” Tak berkelip mata Fattah tenung Mira.. Dari panahan mata Fatah tengok Mira tu pon dh tau Mira ni seorang yg istimewa pd Fatah Amin lebih drpd teman sekerja.. “
” Fattah tau tak setiap apa dia buat Ada YG record…. adoii haha.. Tenung mcm tak nak lepas dari pandangan.. lain mcm tgk rakan sekerja.. “
Semoga ada jodoh antara Fattah dan Amira dan ramai yang ingin melihat pasangan ini berakhir ke jinjang pelamin. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk pasangan kesayangan ramai ini. Andai ada jodoh, pastinya tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattahamiraa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

