Artis / Selebriti
” Penat-penat je rasa sedih, sekali tengok BTS ni terbahak kita ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Behind The Secenes Lakonan Fattah Amin Dalam Iklan Telekung Tea Buat Ramai Terhibur. Amboi Bamtah, Tak Sangka Lepas Cut Tu Terus Jadi Lain Jalan Ceritanya. Pak Lawak Juga Rupanya Fattah Ni. Berdekah Gelak Dibuatnya, Haha !!
Baru-baru ini, Fattah ada berkongsikan satu video yang memaparkan Fattah berlakon dalam satu iklan produk telekung solat. Pada penghujung video tersebut, Fattah ditanyakan oleh wanita yang memegang watak sebagai ibu mengenai 2 lagi telekung yang dibeli untuk siapa dan Fattah hanya menjawabnya dengan senyuman.
Iklan itu terhenti setakat tu sahaja dan ianya membuatkan hati warganet sebak kerana mengenangkan situasi hidup Fattah sekarang. Namun sebenarnya lain kejadian yang terjadi di set penggambaran tersebut. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Telekung Tea, satu video behind the scenes telah pun dikongsikan.
Apabila pengarah menyebut sahaja ‘cut‘ , spontan Fattah mengatakan ‘ Ambil la ibu, ambil semua ‘ sambil tersenyum. Kedengaran bunyi ketawa semua kru yang berada di situ dengan jenaka Fattah itu. Dalam pendiam dan pemalu Fattah, ada sifat kelakar juga dalam dirinya.

Beberapa gambar lain juga turut dikongsikan dalam perkongsian ini. Rata-rata warganet tidak menyangka di sebalik tabir, itu yang Fattah lakukan. Pandai Fattah menceriakan suasana, walaupun hati masih bersedih tetapi tetap profesional apabila sedang berkerja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka la ibu boleh amik semua haha.. Pandai betul Fattah ni bergurau.. penat-penat je rasa sedih, sekali tengok BTS ni terbahak kita ketawa.. “
” Hahaha BamTah and jokes berpisah tiada haha.. Kelakar lah bamtah ni.. comel sangat muka tu.. “
” Lahhh baru nak sedih mengenang nasib, sekali dia buat lawak haha.. Tak terjangka ye plot twist tu, fattah fattah.. “
” Hahaha lawak lah Fattah ni.. baru nak sedih, tak jadi lah.. tak sangka Fattah ni pak lawak jugak sebenarnya.. “
” Baru nak sedih haha.. sedut balik air mata aku.. bila cut dia ckp ambik ibu ambik semua.. sungguh ku tak sangka.. “
” Kelakar jugak behind the scene haha.. kena sedut balik ke air mata ni.. Dah pandai buat lawak Fattah ni.. Makin menjadi jAdi ek fattah haha.. dah cut terus buat onar.. “
” Banyak kali aku ulang, tetap ketawa. Bukan main lah sedih ending aritu.. sekali bts macam ni yang jadi.. haha penat ketawa.. “
Tak sangka ketika behind the scene Fattah melawak seperti itu. Terhibur semua yang di set penggambaran dengan telatah spontan Fattah. Warganet yang menonton video ini juga terhibur melihat Fattah. Semoga Fattah terus gembira dan ceria begini dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Telekung Tea, Tiktok Noraini Basre
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

