Artis / Selebriti
” Perghhh soalan mama dorang, paling tunggu Qadejah cakap, haha.. ” – Netizen
Video Content Datin Shahida Bersama Anak-Anaknya Buat Ramai Terhibur. Part Datin Shahida Nak Korek Rahsia Sorang-Sorang Tu Kelakar, Semua Tak Mengaku Kan. Ammar Macam Nak Kantoikan Qadejah Je, Haha !!
Bagi yang suka mengikuti Datin Shahida di akaun Instagramnya pasti mengetahui yang Datin Shahida suka membuat video content bersama anak-anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham. Boleh dikatakan semua video content tersebut mencuit hati ramai.
Terbaru, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida cuba ‘mengorek’ rahsia anak-anaknya dengan bertanya pelbagai soalan yang panas. Pada awal video tersebut, kedengaran anak sulung Datin Shahida, Ammar menyanyi lagu raya.
Namun Ammar tidak mengingati lirik lagu raya itu dan Amar menyanyi dengan lirik yang salah sehingga Datin Shahida mendengarnya pun ketawa. Selepas itu, Datin Shahida bertanya kepada Ammar, Qadejah dan Ibraheem adakah mereka bertiga sudah mempunyai kekasih hati.

Ammar mengatakan yang dirinya masih belum mempunyai kekasih dan jawapan Ibraheem juga sama seperti abangnya. Ketika tiba giliran pula Qadejah, Ammar menyakatnya dengan memberitahu kepada Datin Shahida yang adiknya itu sudah mempunyai kekasih.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Datin Shahida dan terhibur melihat telatah anak-anak Datin Shahida menjawab soalan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Perghhh soalan mama dorang, paling tunggu Chess cakap, haha.. Semua tak mengaku kan, hahaha pandai mama menyakat.. “
” Kalau pilih salah satu kang kurang lak duit raya. Bagus anak2. Jawapan sslamat. Sayang dua2 mama abah, bijak2, hahaha.. “
” Takpe Ammar lirik lagu betul ke tak , janji confident tu penting…. Nyanyi je.. Suara Ammar macho betul.. Kalah abahnya, haha.. “
” Tgok Cess kadang2mcm tgok datin.. Copy paste betul.. Cess ni ada aura princess², cantik, lembut, sopan.. Mesti ramai peminat kan dekat sekolah.. “
” Abang ammar tk boleh warisi suara merdu abah, hahahaa.. Yerr ke tak ada gf lagi, hhehehe.. Bagus Ammar, tak pyah bercinta2 lagi, muda lagi tu.. “
” Pandai lah Datin menyakat anak-anak, haha.. Baem punya jawab terbaik.. Dua2 dia sayang sama rata.. Bagus2, hehee.. “
” Berdekah dengar Ammar nyanyi, hahaha salah lirik.. Suka tengok video Datin dengan anak2.. Dah besar semuanya, boleh jadi kawan dah.. “
Kelakar betul Datin Shahida ni, pandai pula menyakat anak-anak bertanya soalan seperti itu untuk tahu sejauh mana kejujuran mereka. Part tanya soalan sayang Mama lebih atau Abah lebih tu win. Pandai Ibraheem bagi jawapan dan jawapannya sangat selamat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



