Artis / Selebriti
” Pertama kali tengok Ina menangis macam ni, sedihnya tengok Ina.. ” – Netizen
Video Terbaru Ina Naim Ketika Ingin Berpisah Dengan Jirannya Di Kelantan Buat Warganet Sebak. Masa Arwah Baru Pergi, Ina Nampak Tenang. Yang Ni Nampak Ina Sedih Sangat !!
Sudah lama warganet tidak mendengar khabar Ina Naim dan anak-anaknya. Baru-baru ini, Ina bersama anak-anak kembali menjejakkan kaki ke rumah sewa mereka di Kelantan. Turut bersama menemani Ina dan anak-anak adalah mak, abah dan adik beradiknya.
Meninjau akaun Tiktok madamtiass, telah dikongsikan video Ina bersama jiran-jiran di Mahabbah Taman Paduka. Hubungan Ina dan semua jiran-jirannya memang akrab dan sewaktu arwah Suhaimi masih ada juga, ada sahaja aktiviti yang mereka lakukan bersama.
Kehadiran Ina kali ini disambut dengan meriah dan mendapat layanan yang baik daripada semua jiran. Duduk bersama, berbual dan bermesra selama beberapa hari, tiba hari mereka semua berpisah. Dapat dilihat, Ina tidak dapat menahan airmatanya.

Ini kali pertama warganet melihat Ina sebegini sedih. Berjurai air mata Ina ketika memeluk jirannya itu. Memetik komen warganet, ketika arwah Suhaimi pergi, Ina tenang sahaja. Tetapi pada kali ini kesedihan Ina turut sama dirasai oleh warganet yang menonton video itu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@madamtiass Ya Allah..sedih😭😭 entah bila pula dapat berjumpa. Akak doakan ina dan anak² sentiasa dipermudahkan segala urusan dan kuat menempuh ujian kehidupan ini..@INA SUHAIMI #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypシ
Video Ketika Ina baru sampai ke Kelantan bersama anak-anak dan keluarga :
@madamtiass Alhamdulillah Ina dan keluarga selamat sampai dirumah Madam pada 11/1/2024 pukul 10 malam. Walaupun penat perjalanan yang jauh..terlerai rindu kami dan Jiran Mahabbah Taman Paduka. #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypシ
@madamtiass Alhamdulillah Allah kurniakan kami JIRAN MAHABBAH TAMAN PADUKA sentiasa menjaga batas² pergaulan dan saling menghormati. Menyambut kehadiran tetamu dengan penuh adab..terima kasih @inasuhaimi78,abah,mak dan adik beradik Ina. #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypシ
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masa awal-awal arwah men1nggal.. ina nmpk tenang je tak sedih sgt… skrg ni sllu nmpk dita nangis mybe dh mula merindui arwah.. ”
” Pertama kali tengok Ina Naim nangis macam ni.. kita pulak yang over touching.. teresak-esak sama menangis huhu.. ”
” Pertama kali tengok Ina menangis mcm ni.. dia rindu kenangan lalu bersama arwah dan org sekelilingnya yg baik-baik.. sebak tgk.. ”
” Ketat dada tengok ina, betapa saratnya rindu dia pada arwah.. banyak kenangan dia kt sana terpaksa tinggalkan.. ”
” Aku turut menangis, dari pelukan dia… kita da tau bertapa sedihnye dia… ina memang seorang isteri yg baik… sedih la tengok.. ”
” Berat nak melangkah, tinggalkan jiran-jiran yang banyak tolong dia… sedihnya tengok Ina.. ada jodoh bertemu lagi.. ”
” Sedihnya setelah sekian lama duduk kelantan dengan arwah ss.. baru hri ni nmpak ina nangis… ya Allah sedih nya tgk ina… semoga ina dan anak-anak diberi kekuatan.. ”
Hati mana yang tidak sayu, banyak kenangan Ina bersama arwah Suhaimi di bumi Kelantan. Jiran-jiran pula sangat baik dan banyak membantu Ina sekeluarga. Semoga ada rezeki dan umur yang panjang, Ina dan anak-anak akan bertemu lagi dengan semua jiran-jirannya ini. Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Madamtiass
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



