Artis / Selebriti
” Polos je masa ni, muka fresh macam student. Cakap pun macam present assignment je, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Throwback Fattah Amin Ketika Sesi Pengenalan Hero Remaja 2011/2012 Raih Perhatian Ramai. Alahai Comel Betul Gaya Fattah Memperkenalkan Diri Tu. Suara Halus, Cakap Punya Lah Laju. Mesti Fattah Pun Gelak Kalau Tengok Video Ni Balik, Hehe !!
Perjalanan seni Fattah Amin bermula apabila Fattah menyertai pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Fattah bersaing dengan finalis lain antaranya Saharul Ridzwan, Hafidz Roshdi, Syafiq Kyle, Ben Amir, Fendy Bakry, Hafreez Adam dan Nazrief Nazri. Fattah dijulang sebagai juara Hero Remaja pada musim tersebut.
Meninjau entry di akaun Instagram Newsnugget, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan throwback ketika sesi memperkenalkan diri ketika Hero Remaja berlangsung. Percakapan Fattah bercerita mengenai dirinya itu seakan gaya seorang pelajar dan video ini kembali mendapat perhatian warganet.
Warganet turut berseloroh mengusik gaya Fattah bercakap seperti sedang membentangkan assignment. Ramai juga mengatakan cara Fattah bercakap seperti anaknya, Nur Fatima Aisya. Antara ucapan Fattah ialah ingin menjadi ikon atau role model kepada remaja di luar sana.

Impian Fattah untuk menjadi contoh nilai murni berjaya ditunjukkan sekarang. Menerusi video ini juga turut dipaparkan aksi-aksi Fattah ketika sesi photoshoot. Wajah Fattah masih fresh ketika ini dan tetap ada auranya tersendiri. Benarlah kata orang, lelaki ini semakin berusia semakin kacak.
Jom tonton video di bawah :
@newsnugget.my Replying to @sweet@81
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Polos je masa ni, muka fresh macam student.. Cakap pun macam present assignment je.. Macam ni la aku present video assignments.. tak cukup nafas bercakap, haha.. “
” Sebelum ada nadhir nasar, aku ada fattah amin dulu. ahhahahaha.. suara budak sangat time ni.. apa yang dia katakan telah dikotakan.. “
” Dia dah laksanakan apa yg dia cakap wehh. mmg boleh jadi role model and tunjuk nilai murni yg baik. hahahhaa.. “
” Comel je tarik nafas tu.. Macam ustaz je masa mula-mula masuk.. skrg suara matured dah.. ni suara budak lagi.. “
” Masa pengenalan top 20 hero mmg aku dah agak dia juara. Sekali btl2 juara. Terpaling ramalan.. cara bercakap sama nga nyamma.. “
” Apa yg dia pernah kata terjadi hingga kini… membawa icon / contoh nilai-nilai murni pd remaja di luar sana.. “
” Halus je suara fattah masa ni.. muka memang muka fatima sangat.. makin tua makin hensem fattah ni.. “
” Sebiji macam presentation. nasib tak sebut “basically” je.. Comel cakap macam Fatima.. suara macam kanak-kanak riang.. suara budak lagi.. “
Jauh berbeza Fattah ketika zaman kemunculannya dengan Fattah sekarang. Dulu handsome, sekarang bertambah segak dan kacak di mata peminatnya. Cara bercakap juga teratur dan tersusun sahaja. Tentu Fattah juga akan tersenyum sendiri melihat video throwback ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Newsnugget, Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

