Artis / Selebriti
” Ramai betul ‘Adira’, suara semua sedap-sedap.. ” – Netizen
Video Adira Suhaimi Dan Adik Beradiknya Berkaraoke Bersama Raih Pujian Warganet. Wah Satu Family Suara Sedap Ni. Ramai Yang Suka Tengok Kakak Adira, Emma AF Menyanyi. Merdu Dan Power Lah Semu !!
Adira Suhaimi kini pulang ke kampung halamannya di Sabah dan banyak perkongsian menarik yang dikongsikan oleh pelantun lagu Ku Ada Kamu ini. Salah satu posting yang dimuatnaik Adira ialah momen ketika Adira bersama adik-beradiknya yang lain.
Meninjau akaun Instagram Adira Suhaimi, video Adira berkaraoke bersama-sama menyanyikan lagu h1ts dendangan asal Malini berjudul S1al dipaparkan. Menyanyikan lagu ini secara bergilir-gilir, kelunakan suara Adira dan adik beradiknya ini menarik perhatian warganet.
Salah seorang yang mencur1 perhatian warganet adalah kakak Adira bernama Emma. Untuk rekod, Emma pernah memasuki rancangan realiti Akademi Fantasia bersama Adira dulu, namun tiada rezeki untuk ke peringkat yang lebih jauh.

Bermula dengan Emma, seorang demi seorang menunjukkan kehebatan suara masing-masing. Tidak hanya Adira dan Emma, adik beradik lain pun memiliki suara yang merdu. Untung Adira ada adik-beradik yang sekepala seperti ini, meriah dengan gelak ketawa.
Jom tonton video di bawah :
Hampir 10 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Adira ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Baju purple tu wowwwww and semualah suara wowww.. kalau tak salah tu kakak Adira yang sama-sama masuk AF dulu.. ”
” Siapa tengok lebih dari 3x kita geng, power suara semua.. korang adik beradik ni semua masa lahir telan microphone ke haha.. ”
” Perhh yang pakai jacket purple best g1la. Semua pandai menyanyi macam Adira ye.. Yg 1st nyanyi tu kakak dia Emma Suhaimi pernah join AF8 jg dgn Adira.. ”
” Ramai betul Adira, suara semua sedap-sedap. Suara yang pakai sweater purple tu best betul.. syok dengar tak puas sampai ulang-ulang video ni.. ”
” Memang semua org sabah bukak mulut nyanyi tak pernah sumb4ng. Lama fikir dah, makan ape ni? Minum susu lembu kundasang ke? makan buah dabai ke hehe.. ”
” Sedapnya suara yang pakai sweater tu.. Semua suara power, semua pakat telan microphone.. i kalau ada 20% je pun suara macam ni mau hari-hari karok haha.. ”
” Sumandak Sabah power menyanyi.. Ni semua kena kasi minum sup kaset. Hebat-hebat sibling Adira ni.. ”
Bak komen warganet, semuanya suara power-power. Seronok sungguh apabila semua adik beradik berkumpul dan membuat aktiviti bersama sebegini. Harap selepas ini Adira berkongsi lagi video nyanyian bersama adik beradiknya pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

