Artis / Selebriti
” Rasa macam tengok Awie zaman muda, suara pun sama.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak Awie, Putra Ahmad Merrah di Konsert Luar Biasa 20 Tahun Les’ Copaque raih perhatian ramai. Wah, copy paste Dato’ Awie sangat Merrah ni. Sebijik maacam Dato’ Awie masa muda. Anak perempuan Dato’ Awie pun cantik..
Video persembahan anak kepada penyanyi legenda rock tanah air, Awie iaitu Putra Ahmad Merrah berjaya mencuri perhatian ramai ketika membuat kemunculan istimewa di Konsert Luar Biasa 20 Tahun Les’ Copaque Production Sdn Bhd. baru-baru ini.
Aksi dan gaya persembahannya nyata mengundang nostalgia, membuatkan ramai penonton tersenyum sambil mengimbau zaman muda Awie yang penuh aura dan karisma. Tidak hairanlah ruangan komen dibanjiri reaksi peminat yang menyifatkan Merrah sebagai ‘copy paste’ Awie versi muda.
Dengan pembawaan yang penuh yakin di atas pentas, Merrah bukan sahaja menampilkan suara yang mantap, malah gaya, ekspresi wajah serta gerak tubuhnya benar-benar mengingatkan peminat kepada Awie ketika era kegemilangannya dahulu.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Merrah jelas memiliki aura tersendiri walaupun ramai menyatakan dirinya dibayangi dengan penampilan bapanya ketika muda.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen menyatakan Merrah sangat seiras dengan bapanya ketika muda. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bapak die lagi jambu woo time muda dlu… Peminat setia awiee ok.. Merah ni…emaknya yg mana satu ya? Sebiji zmn awie masa muda dlu.. “
” Bestnya ada mak ayah yang support anak2.. tua sgt ke kita ni…pernah tgk awie muda ..ni anak pulak .. anak datuk awei ooh ya ok.. “
” Wahhh ikut jejak ayah dia suara pun sedap. Rasa macam tengok Awie zaman muda. Goodluck merah wow. sama betul gaya rambut dia n muka semua.. “
” Dr tepi sebiji muka awie ms dedulu ekk. All the best merrah..dah start dpt show ni. Awie in upin ipin here we go.. like.. “
” Anak Awie Si Merrah ni, sebijik macam bapak dia. Rambut paras bahu. Muka sama. Perangai sama. Cuma Awie dalam cite bara lagi serious and garang.. “
” Awie mase muda memang ensem, lagi bila dia pakai celak mta.. Tgok ank pompuan n merah tu sbji rupa dia mse muda.. “
” Sebijik macam daddy dia masa muda tak sempat lahir zaman Dato’ awieofficial muda dulu, dapat tengok Merrah dah boleh imagine Dato’ Awie time muda dulu .. “
Persembahan tersebut bukan sahaja menjadi salah satu momen istimewa dalam konsert tersebut malah membuktikan bahawa legasi seni Awie terus hidup dan bernafas melalui generasi seterusnya. Siapa tahu, nama Putra Ahmad Merrah pula bakal menjadi sebutan dalam dunia muzik tanah air, meneruskan jejak langkah ayahnya yang sudah lama mencipta nama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lescopaque
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

