Artis / Selebriti
” Sakit perut gelak la dengan kak Lina ni, in character betul. Ulang 10 kali pun tetap gelak.. ” – Netizen
Kemunculan Elly Mazlein Dalam Sepahtu Reunion Live Buat Penonton Ketawa Besar. Alahai Kak Lina, Masuk Air Lah. Time Lakonan Dah Lawak, Lepas Show Pun Buat Perangai Tau. Bila Kak Kepom Dapat Mic, Memang Susah Lah Nak Stop Menyanyi, Hehe !!
Rancangan hiburan seisi keluarga Sepahtu Reunion Live kembali bersiaran setiap hari Jumaat. Jika minggu lalu, Zarina Anjoulie atau Anju menjadi pelakon jemputan, minggu ini penerima anugerah pengacara TV popular ABPBH35, Elly Mazlein pula memeriahkan pentas Sepahtu Reunion Live.
Meninjau akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan babak antara Kak Lina bersama Jep Sepahtu. Kak Lina membawakan watak gadis tomb0y yang akhirnya berubah menjadi wanita sejati yang lemah lembut.
Lakonan Kak Lina tak dinafikan memang terbaik. Berilah apa sahaja karakter, pasti dibawakan dengan sempurna. Tergelak sakan penonton di auditorium dan juga di rumah melihat lakonan Kak Lina. Jadi tomb0y pun comel Kak Lina sehinggakan ada yang tidak perasaan itu adalah Kak Lina.

Selepas selesai persembahan, seperti biasa akan ada slot ramai mesra dan nyanyian daripada pelakon undangan dan cameo. Kak Lina yang diusik oleh Jep Sepahtu menyanyikan lagu dangdut. Terhibur semua dengan nyanyian Kak Lina, sampai 3 kali baru betul-betul berhenti. Apabila Kak Kepom dapat mic, macam tu lah jadinya, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Kak Lina Pom Pom ini membuatkan ramai yang terhibur dan tak kering gusi gelak. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak puas tengok elly mazlein, kelakar abis.. kak lina always give the best.. Trademark lawak sepahtu.. ”
” Dah lama tak gelak tengok sepahtu, tapi malam ni episode memang kaw kaw padu.. Serius best g1ler malam ni.. ”
” Haha kepom Harini terbaik.. dengan karektar dia . Tak berhenti gelak ok.. makcik ulang 10 kali pun tetap gelak.. ”
” Suka aura ellymazlein dlm sepahtu kalau lah dia permenant dlm sepahtureunionlive_official kn seronok cm sitkom senario dulu slalu bawa kak engku.. ”
” Kak Lina memang melet0p kebabum.. sak1t perut gelak la dengan kak Lina ni.. in character betul.. ”
” Best g1lerrrrr…. undang lagi kak linaaa pom-pom.. Lawak betul malam ni. Bini aku yg tak minat sgt tengok sepahtu pon dia tergelak-gelak.. ”
” Dah boleh jadikan ellymazlein ahli sepahtu yg ke 5… confirm kebab0mmm.. bukan kak kepom lah nyanyi tak habis.. band dah stanby siap-siap eh haha.. ”
Bukan Kak Lina namanya kalau tidak membuat lawak. Persembahan dan lakonan Kak Lina memang power dan membuatkan semua terhibur. Ramai pula yang request supaya Sepahtu Reunion Live menjemput Kak Lina lagi selepas ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca turut sama terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zon Lawak, IG Sepahtureunionlive_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

