Artis / Selebriti
” Sampai merah pipi. Comelnya Jebat blushing macam tu.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Jebat Jayden ketika Rosix Omar mengusiknya memakai baju T-shirt berjenama mahal yang baru dibeli oleh Noor Nabila buat ramai terhibur. Tak keruan Jebat kena usik dengan Rosix. Kata-kata Jebat buat Rosix berdekah gelak. Tak sangka Jebat cakap macam tu, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rosix Omar, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan wakil butik Gucci berkunjung ke rumah kediaman Nabila untuk membawakan barangan yang dipesan khas untuk anaknya, Jebat Jaden.
Beberapa helai baju yang terpampang dibajunya perkataan Gucci menarik perhatian warganet. Rosix pada awalnya menyangka Nabila membelikan 7 helai itu sahaja untuk Jebat. Namun tekaannya meleset apabila wakil butik Gucci itu memberitahu jumlah kesemua sekali adalah 10 helai.
Bukan murah barangan di bawah jenama tersohor ini. Harga untuk ke semua baju Jebat ini pasti mencecah ribuan ringgit. Rosix pula seorang yang periang dan suka bercakap. Tidak berhenti Rosix mengomel dan mengusik Jebat. Kata Rosix, Jebat kelihatan handsome seperti anak Ronaldo.

Usikan Rosix membuatkan Jebat blushing. Jelas kelihatan pipi dan telinga Jebat kemerah-merahan. Kata-kata yang Jebat ucapkan kepada Rosix juga mencuit hati warganet. Comel betul Jebat, apabila tersenyum lebar menampakkan giginya yang rongak itu. Rongak pun tetap handsome anak Sharnaaz Ahmad ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rosixomar25 Citer sini hbs sini! #rosixomar
@rosixomar25 Citer sini hbs sini! #rosixomar
Perkongsian ini sehingga kini telah meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ni baru old money, sales associate masuk rmh… Kaya tahap takyah pergi kedai. Kedai datang rumah.. “
” Anak sharnaz ni hesmes btol la.. 10 terus mama dia bli wow.. untung lah sape jd menantu bella nanti.. “
” Aku nak pergi jejak kaki butik Gucci pun takut. dia siap Gucci datang rumah.. Nk jugak jadi anak Bella… “
” “Tak tau nak cakap apa dah” aduii jayden hahaha.. handsome kalah ronaldo dah ni jayden.. sampai merah muka kena puji.. “
” Aihh budak rongak ni.. Handsome bethol.. sampai merah pipi.. comel nyaaa Jebat blushing macam tu. Lagi Rosix sakat, lagi merah pipi Jebat.. “
” Merah pipi jebat.. jayden ni lucu lah , tkyah cakap pun dah kelako.. handsome boy.. bestnya Jayden mummy dia mampu kasi dia kemewahan moga jadi anak yang baik.. “
” Terhibur dengar Rosix gelak. Kuat mengusik lah Rosix sampai merah muka Jebat. terlampau happy ni jebat.. “
Bukan hanya pipi, telinga Jebat pun turut kelihatan merah. Bab menyakat, Rosix memang juara. Beruntung Jebat ada mommy seperti ini. Bukan 1 tetapi 10 helai mommy borong untuk Jebat. Apa-apa pun, semoga Jebat Jayden menjadi anak yang hebat dan selalu membanggakan mommy.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rosix
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

