Artis / Selebriti
” Dah besar anak Misha ni. Malu-malu dia, sopan santun sungguh.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Misha Omar bersama anak lelakinya, Adam raih perhatian peminat. Wah lama tak nampak Adam, dah besar panjang rupanya. Malu-malu Adam bila Misha rekod video dia. Lembut je Adam bercakap, sopan santun orangnya..
Sebagaimana yang diketahui umum, penyanyi kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Misha Omar telah pun mendirikan rumahtangga bersama juruterbang, Firros Ezzwan Rosly dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa. Misha juga mempunyai seorang anak angkat bernama Muhammad Adam Emir.
Meninjau akaun Tiktok Misha Omar, telah dikongsikan satu video terbaru Misha bersama Adam. Bukan selalu Misha berkongsi video anak terunanya ini. Diam tak diam, Adam sudah pun 18 tahun usianya. Baru sahaja rasanya melihat gambar Misha mendukung Adam.
Untuk makluman semua, Adam dijaga oleh Misha sejak daripada bayi. Adam ditatang bagai minyak yang penuh dan Misha memberikan sepenuh kasih sayang terhadap Adam. Misha tidak mahu orang membezakan anak angkat dan anak kandung kerana kedua-duanya adalah rezeki untuk Misha.

Menerusi video ini, Misha meminta untuk semua follow akaun media sosial anak sulungnya ini. Adam tersipu-sipu malu ketika Misha merakamkan wajahnya. Lembut sahaja tutur kata Adam, pemurah dengan senyuman sama seperti Misha. Ramai juga yang mengatakan wajah Adam seakan-akan wajah Johan Ghazali.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@misha.omar4 Jangan Lupa Follow ! Anak sulung 😘 #mishaomar #fyp #foryoupage
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari kecik sampai besar sama je muka Adam.. manis muka dia.. Macam muka johan ghazali yang muay thai tu.. “
” Oh ni adam tu kan.. dah besar dah handsome ank Misha… ‘dah la bu…’ pemalu dia… good luck adam.. “
” Lembut je cara bercakap ya.. sopan santun sungguh. Moga menjadi anak kebanggaan ibu ayah.. “
” Da bujangggg da anak kak michh… malu-malu diaaaaa.. Muka mcm jojo muay thai tu.. Slow jer ckp.. Hensem baik budi bahasa.. “
” Pemalunya dia.. boleh dah misha omar terima menantu.. rupa syafiq kyle pun ada adam ni.. makin besar makin manis.. “
” Dah besar anak Misha ni.. malu-malu dia.. untung laaa kak Misha anak dah besar.. semoga berjaya dunia akhirat.. “
” Malu-malu dia… how time flies, rasa mcm baru je tgk Adam kecik, ni dh jd teruna idaman Malaya dah.. “
” Weh besar dh Adam. Sekejap je dah besar adam ni.. Handsome muka senyuman macam mamanya.. “
Semakin besar semakin manis anak teruna Misha ini. Lembut tutur katanya sama seperti Misha. Ini semua hasil didikan dan asuhan Misha sejak Adam masih kecil sehingga sekarang. Semoga Adam berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Misha Omar, IG Misha Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

