Artis / Selebriti
” Sarah macam tahu-tahu je dia nak pergi. Dia melawat semua tempat masa kecil.. ” – Komen Netizen
Video Throwback Arwah Siti Sarah Raissuddin Membawa Anak-Anak Ke Rumah Lamanya Raih Perhatian Ramai. Seronok Sarah Dapat Tunjukkan Kenangan Zaman Kecilnya Dulu. Siapa Sangka Itu Yang Terakhir Dapat Pergi Situ !!
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan beberapa buah video throwback yang memaparkan arwah Siti Sarah membawa anak-anaknya, Uwais Al-Qarni, Dzahira Talita Zahra dan Mateen ke rumah lamanya dahulu.
Kejadian ini berlaku 5 bulan sebelum Siti Sarah menemui Pencipta-Nya. Menerusi video ini, Sarah menunjukkan kepada anak-anak semua yang berkaitan dengannya sewaktu menetap di sana. Tempat Sarah membesar dan bermain, terlalu banyak kenangan manis Sarah di situ.
Sarah memang peramah orangnya dan dia menegur semua yang dikenalinya di situ. Sarah turut menunjukkan kedai yang selalu dikunjungi dahulu. Tidak hanya membantu untuk membeli barang jualan peniaga tersebut, Sarah turut memberikan wang lebih sebagai sedekah.

Gembira anak-anak dapat melihat tempat ibu mereka membesar. Kenangan yang tidak mungkin dapat diulang lagi dan selamanya akan kekal dalam ingatan anak-anak. Insan bergelar Siti Sarah yang berhati mulia dan selalu berpijak di bumi yang nyata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Dia mcm dah tahu.. maaf ye kalau sya salah, ini di antara tanda2 org yg baik nak pergi.. mereka akan suka hal hal masa mereka kecik,tempat lama tgal lama.. atau mlawat kampung halaman.. suka mceritakan prihal lama2 semasa mereka kecil.. ”
” MasyaAllah… dihujung hayatnya, sedekah saja yg dilakukan. Sehingga di Hospital duit2 dn tudung2 dlm kilang terus disedekahkannya. Syurga lah tempat Sarah. Aamiin.. ”
” Kenapa aku rasa mcm sebelum dia tinggalkan semua kenangan dia, dia nak imbau kembali semua yg dia pernah lalui masa kecik dlu. Allahu aku rasa sebak.. ”
” Tak kenal pom tapi pekertinya buat Kita jd dekat Dan kematian arwah meninggalkan kesian yg mendlm smpai kini… semoga syurga buat mu Siti Sarah.. ”
” Sarah mcm tau-tau je dia nak pergi.. dia melawat semua tpt dia membesar dan jumpa semua kenalan-kenalan dia zaman kecik-kecik.. ”
” Sebelum dia nak tinggalkan dunia, dia nak pergi semua tempat-tempat dia dulu kan, sedihnya.. Dia macam tahu dia nk gi dia jumpa semua org yg pernah dia kenal dia sedekah kt semua.. ”
” Seakan dia tahu dia akan pergi selamanya…. Dibawa semua anak2 termasuk Ayash yg didlm perut, tempat dia dibesarkan masa dia kanak2…. Allahuakbar sunnguh hebat rasa yg Allah cipta bagi insan2 yg baik. Berikan arwah siti sarah syurga yg paling tinggi. Aamiin.. ”
Indahnya kenangan yang Sarah tinggalkan untuk anak-anaknya. Video ini pastinya akan menjadi pengubat rindu untuk ibu yang telah pergi buat selama-lamanya. Semoga segala nilai murni yang ditunjukkan oleh Sarah menjadi amalan untuk anak-anak sehingga dewasa nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

