Artis / Selebriti
” Sedap dengar Arrian menyanyi. Rasa cepatnya ‘ayam goreng’ ni dah besar, haha.. ” – Netizen
Video Anak Sulung Tomok, Arrianshah Akid Menyanyikan Lagu ‘ Kasih Yang Ku Cinta ‘ Raih Pujian Ramai. Alahai Sedapnya Suara Arrian, Serak-Serak Basah !!
Bagi yang suka mengikuti akaun Instagram Tomok, pasti mengetahui yang Tomok sering berkongsi perkembangan anak-anaknya. Anak sulung Tomok, Arrianshah Akid sangat fasih berbahasa Cina dan ada beberapa videonya bercakap bahasa Cina mendapat pujian warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Tomok telah berkongsi video yang memaparkan Arrian sedang menyanyi. Menerusi video tersebut, Arrian menyanyikan lagu bertajuk ‘Kasih Yang Ku Cinta’ yang pernah dinyanyikan sendiri oleh Tomok ketika zaman remajanya.
Nyanyian Arrian diiringi dengan alunan gitar yang dimainkan oleh Tomok. Meksipun menyanyi dalam keadaan bersahaja, Arrian berjaya membawa lagu tersebut dengan baik dan kelihatan Arrian betul-betul menghayati lirik yang dinyanyikannya.

Sekali lagi video Arrian telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Arrian merdu dan bakatnya itu boleh diasah lagi serta mampu menyertai program nyanyian. Sehingga kini, video Arrian menyanyi telah menerima lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Tomok pada kali ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sedap dengar Arrian nyanyi, rasa cepatnya ‘ayam goreng’ ni dah besar, haha.. Dah boleh bagi terus ps 5 dia kat Arrian, hehehe.. “
” Aunty antara makcik2 yg selalu follow Aryan masa baby2 dulu.. Besar dah dia comel tu tetap sama malah makin handsome.. “
” Best suara anak Tomok, ikut jejak ayah kan sayang.. Mana tahu nanti boleh masuk mana2 pertandingan, ada bakat ni.. “
” Masha Allah… Sedap nye Arrian pya suara, saya tengok ulang alik sampai 5 kali. Calon Bintang ni, berbakat betul Arrian.. “
” Like father like son lah.. Suara sedap, boleh jadi penyanyi ni.. Mana tahu nanti ayah jadi mentor Arrian, hehehee.. “
” Dah nampak dah bakatnya… Boleh pergi jauh ni.. Kompom la dia yg dpt playstaion tu nnt ni… Go arian go.. Mesti dapat.. “
” Ok lps ni ble sikat belah tengah ek mcm group Newboys dlu tu.. Sedap suara Arrian.. Dah ada tu lengok nya more practice mesti kebabom.. “
Suara Arrian serak-serak basah ketika menyanyi memang sedap didengar. Anak sulung Tomok ini mempunyai bakat seperti ayahnya. Mana tahu pada masa hadapan, bakat nyayian Arrian dapat dipertengahkan lagi dan mungkin Arrian akan bergelar seorang penyanyi seperti Tomok.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

