Artis / Selebriti
” Sedap suara Dekta, persis suara arwah ibu.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Anak Perempuan Tunggal Arwah Siti Sarah Raissuddin, Dzahira Talita Zahra Menyanyi Lagu Kesetiaan Raih Perhatian. Sedapnya Suara Dekta, Dah Makin Persis Suara Ibu. Lenggok Tu Serupa Sangat !!
Kehidupan Shuib Sepahtu dan anak-anak banyak berubah selepas ketiadaan arwah Siti Sarah Raissuddin. Namun Allah merancang yang terbaik untuk mereka sekeluarga dan hari demi hari semakin baik dengan kehadiran Watie sebagai penyeri rumah.
Anak-anak Shuib terutamanya Uwais dan Talita mula menunjukkan minat mereka ke arah seni. Uwais menggemari alat muzik dan pandai bermain gitar. Manakala adiknya, Dzahira Talita Zahra pula suka memperdengarkan suaranya menyanyi.
Meninjau entry di akaun Tiktok Itsmefadz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dekta menyanyikan lagu berhantu arwah ibunya berjudul Kesetiaan. Lagu ini mempunyai memori dan auranya yang tersendiri serta sangat dekat dengan Siti Sarah.

Mendengar akan lontaran suara Dekta, ramai yang mengatakan suara Dekta sekarang sangat mirip seperti ibunya itu. Lenggok yang sama dan cara penghayatan juga serupa. Sedikit sebanyak terubat juga kerinduan peminat terhadap Siti Sarah apabila mendengar suara Dekta ini.
Jom tonton video di bawah :
@_itsmefadz_ dekta nyanyi lagu ibu 😭,sedap nya suara dekta ,korang pejam mata rasakan aura suara ibu dekta…mirip kan….😍#dekta #talita #watiehanifiah #shuibsepahtu #kesetiaan
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara ada mirip suara arwah ibu dia.. masuk kelas vokal dekta…suara dah nk sama ngan arwah ibu.. alfatihah buat siti sarah.. ”
” Tunggu dia dewasa sikit je lagi … pasti iya boleh membawa lagu nie seperti arwah ibunya … Al Fatihah.. ”
” Sedap suara Dekta, persis suara ibu.. Dekta pewaris ibu.. Polish2 sikit lagi… boleh ni nyanyi macam arwah.. ”
” Sedapnya suara Dekta, bakat pewaris daripada arwah ibu yee.. Rindu suara arwah penyanyi kesayanganku Siti Sarah.. ”
” Suara macam arwah, tapi kalau masuk kelas vocal ni, tau teknik nyanyi dgn betul ni, emm.. mesti jd penyanyi popular cam arwah ibu ni.. ”
” Bila darah seni penyanyi dalam dia, automatik tak dapat sumbang.. pitch auto on point… sedap suara talita macam arwah ibu. pandai menyanyi ada bakat.. ”
” Siapa tahukan rahsia Allah.. dekta pelapis ibunya.. ada bakat macam arwah ibu. sedap sangat suara Dekta.. terbaik dekta.. ”
Suara Dekta semakin hari semakin merdu lenggoknya. Tidak mustahil Dekta boleh menjadi penyanyi yang hebat sama seperti arwah Sarah. Bak komen warganet, Dekta adalah pewaris dan pelapis ibu. Semoga Dekta berjaya selalu dalam apa jua yang Dekta lakukan dan menjadi anak yang terbaik untuk keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Itsmefadz, ig Siti Sarah Raisuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

