Artis / Selebriti
” Sedihnya kena berpisah dengan Cik B.. ” – DS Vida
Video Dato’ Seri Vida Menghantar Cik B Untuk Menyambung Pengajian Di Luar Negara Raih Perhatian Ramai. Wah Jauhnya Cik B Sambung Belajar, Tentu Mama Rindukan Gurauan Cik B Nanti !!
Anak perempuan kepada pengasas kosmetik bergelar jutawan, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B antara yang sering menjadi tumpuan ramai di media sosial. Cik B atau nama sebenarnya Nur Edylnn Zamilleen kini berusia 19 tahun yang juga memiliki empayar perniagaannya sendiri.
Sebagaimana yang Cik B umumkan di akaun media sosial miliknya, Cik B bakal menyambung pengajiannya di Barcelona, Spain. Ia keputusan terbesar yang Cik B lakukan demi masa depannya dan terpaksa berjauhan dengan DS Vida dan adiknya, Kacak demi mengejar cita-cita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Datoserivida Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Vida menghantar Cik B ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Spain. Pada awal video, dipaparkan moment Cik B bersalaman dengan DS Vida dan Kacak.

Cik B seperti selalu, sering mengusik DS Vida. Sempa lagi Cik B bergurau menjilat tangan mamanya. Bukan sahaja DS Vida yang kena, Kacak pun terkena sama air liur Cik B. Sesudah bersalaman, mereka bertiga bergerak ke lounge untuk pemegang tiket first class. Alahai ingatkan DS Vida cuma menghantar ke airport, rupa-rupanya ‘terbang’ sama ke Spain.
Jom tonton video di bawah :
@datoserividaofficial Sedihnyaaa kena berpisah dengan @cikb_havoc66 . Tapi tak apa untuk masa depan anak mama yang hebat! #datosrivida #cikbhavoc #barcelona #spain
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mulut dato tak pernah lekang ucap benda baik² dekat anak, “anak mama hebat anak mama baik” jarang nak dengar anak besar ni mak nak panggil macam tuu.. “
” Congratulations CikB, semOga berjaya dgn matlamat yg di impikn.. bye² cik B, semoga dipermudahkan segala urusan buat cik B.. “
” Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan. Semoga beroleh kejayaan ya Cik B! Banggakn mama Cik B.. “
” Semoga dipermudahkan urusan Cik B disana. Semoga ilmu yang kamu peroleh menjadi sumber kebaikan yang tidak pernah habis.. “
” Bia la cik b nk bljr dlm atau lua negara.. kite doakn yg baik2 je la. smg cik b success dlm pelajaran, jge diri cik b. all the best cik b.. “
” Dekat luar tadi tengok salam-salam.. ingat dato’ tak ikot.. Salam terakhir di Malaysia.. take care cik b, semoga terus berjaya.. “
” Tahu x kenapa anak dia hebat.. sebab mak dia selalu cakap “anak mama yang hebat”.. kata2 satu doa.. lebih2 dr ibu sendiri.. “
” Bila start belajar.. ya Allah cik b ni comel betul hehe. dia yang study orang lain yang tahu. take care cik B, belajar baik-baik.. “
Jauh Cik B bermusafir demi menuntut ilmu. Semua di Malaysia mendoakan agar Cik B belajar bersungguh-sungguh dan membawa pulang kejayaan kelak. Jaga diri Cik B, sentiasa menjadi anak mama yang hebat walau di mana jua Cik B berada. Selamat berjuang demi masa depan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datoserividaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

