Artis / Selebriti
” Sejarah serbuk arang gigi Dherbs berulang kembali. Random lah Ammar, mengekek gelak.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri mengajar anak-anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah menjual produk secara live. Reaksi Ammar ketika menjual buat ramai terhibur. Terbahak Qadejah gelak, Dato’ Aliff yang tengah serius pun boleh tersenyum, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Jajapatners dan tashailia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan usahawan bergelar jutawan, Dato’ Aliff Syukri mengajar anak-anaknya, Ammar Ahyan dan Qadejah untuk mempromosikan produk secara live.
Ammar seorang yang pendiam dan ianya berbeza dengan personaliti Dato’ Aliff yang riuh dan banyak cakap. Melihat Dato’ Aliff melatih anak-anaknya untuk menjual, ramai yang terbayangkan kenangan lama Ammar disuruh mempromosikan serbuk gigi Dherbs ketika kanak-kanak dahulu.
Ammar cuba mengikuti apa yang diajar oleh papanya sehinggakan Qadejah terbahak ketawa melihatnya. Reaksi wajah Ammar itu mengundang ketawa ramai. Dato’ Aliff yang sedang serius pun boleh tersenyum dan menahan gelak melihat gelagat anak sulungnya itu.

Dato’ Aliff juga memberikan kata-kata nasihat yang menusuk ke hati untuk Ammar dan Qadejah. Status sebagai anak orang kaya bukan lah tiket untuk mereka bersenang lenang. Kehidupan pada masa akan datang lebih mencabar dan Dato’ Aliff mengharapkan agar anak-anak lebih berilmu.
Jom tonton video di bawah :
@dherbsterlajaklaris4_ Ko jgn ketawa2 cess abah serios ni🤣🤣 @papalarisofficial #datoaliffsyukri #datinshahidadherbs #anakabah #trending #viral #fypシ゚
@tashaillia [last] – papa nasihat utk anak2 . Semoga yg menonton pun dpt manfaat. Part last sedih sikit kan 🥲. #datinshahidadherbs #alifsyukriterlajaklaris #fyp #papalaris #mamalaris #terlajaklaris #begdatoalifsyukri
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” 1st time nampak anak orang kaya stress bila cuti sekolah haha.. Sejarah berulang ‘ serbuk arang gigi dherbs’. Pisang berbuah berkali-kali.. “
” Rasanya baim lagi match energy dgn papa dia , ammar duk dlm ofis je haha.. Ammar ni mcm clone Amirul Husb Ain tu dah.. “
” Aku kalau bapak cmtuu pun aku gelak wehhhhh cmne ces leh tahan haha.. penat cess tahan ketawa.. last last tersembur gak ketawanya tu.. “
” Dah aku teringat yang serbuk arang gigi dherbs tu. Dak amar ni tak gelak langsung.. kalo aku pecah dh kat situ.. “
” Ammar ni maybe sesuai handle blkg tabir mcm akaun ke, HR ke…bab marketing cess boleh dgn adik yusof tu hehe.. tp mmg salute la dato alif ni bab didik anak2nya.. “
” Saya yang sakit perut sebab tahan ketawa haha.. terbahak aku tengok cess gelak.. cess ketawa tengok gaya Ammar.. random lah Ammar ni.. puas ngekek haha.. “
” Sejarah ubat gigi dherbs berulang kembali haha.. cess punya tahan ketawa last ketawa jugak. Lawak tp terbaik cara Dato’ Aliff nak suh anak dia pandai.. “
Mungkin nampak seperti kasar cara Dato’ Aliff mengajar anak tetapi jika dipandang dari sudut positif, Dato’ Aliff hanya ingin memastikan anak-anaknya mampu berdiri atas kaki sendiri apabila Dato’ Aliff telah tiada. Tak apa Ammar, perlahan-lahan berlatih untuk menjual seperti abah okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jajapatners
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

