Connect with us

Artis / Selebriti

” Serius lah Dato’, saya baru je tahu bila Dato’ cerita ni.. ” – Netizen

Dato’ Azril Radzi akhirnya dedah tentang kaitannya dengan Dato’ Aliff Syukri yang ramai tak tahu. Part gambar Dato’ Azril dan Dato’ Aliff masa muda tu memang nampak seiras sangat..

Umum mengenali nama usahawan kosmetik, Dato’ Azril Radzi. Dato’ Azril merupakan antara usahawan yang berjaya dan jika diperhatikan, wajahnya juga agak mirip dengan Dato’ Aliff Syukri yang turut dikenali sebagai usahawan kosmetik terkenal.

Meninjau di akaun Instagram, Dato’ Azril telah berkongsi gambar kehadiran Dato’ Aliff Syukri bersama isterinya, Datin Seri Shahida ke majlis perkahwinan ibunya. Di sebalik perkongsian gambar tersebut, Dato’ Azril turut mendedahkan mengenai status hubungannya dengan Dato’ Aliff.

Hal ini kerana sebelum ini ramai yang menyangka Dato’ Azril dan Dato’ Aliff mempunyai pertalian persaudaraan kerana wajah mereka yang hampir seiras. Rupanya, Dato’ Azril menjelaskan bahawa mereka bukanlah adik-beradik, sebaliknya merupakan sahabat baik sejak dahulu lagi.

Bahkan, Dato’ Azril mengenali Dato’ Aliff ketika menjalani sesi photoshoot bersama sekitar 20 tahun lalu dan hubungan mereka kekal akrab sehingga kini. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini menerima ratusan komen sejak dimuatnaik di akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ada yang baru tahu yang Dato’ Azril dan Dato’ Aliff bukan lah adik beradik. Antara komen-komen tersebut adalah :

 ” Ser1us lah Dato’, saya baru je tahu bila Dato’ cerita ni.. Sebelum ini saya ingat ada lah pertalian adik beradik, rupanya tidak.. “

 ” Betul la org kata, kalau kita rapat dgn seseorang, mesti rupa tu ada seiras sikit.. Gambar Dato’ berdua masa muda memang ada iras betul.. “

” Ni kalau orang lain tak tahu mesti ingat sepupu ke, atau pun ada ikatan persaudaraan. Semoga persahabatan Dato’ Azril dan Dato’ Aliff terus kekal baik.. “

” Memmg ada iras yg wajah skrg. Tp tak pel1k pun sbb sy dah jmpa 3org muka iras sy. Rse mcm tgk cermin.  Haha tinggal lagi 4 nak ckup.. “

” Tulaaa dulu saya ingat adik beradik, muka sama betul lah, kadang2 confuse tengok dekat tv bila masing-masing promot produk, haha.. “

” Seriusly ingt mmg de kaitan kluarga.. Muka mmg sme.. Btul lah ayah sy kta kt dunia ini ade 7 muka yg iras n sama.. “

” Sama sbb muka mirip.. Mula2 dlu ingt dato aliff dn azril adik bradik.. rupanya bukan. Muka hampir sama.. “

Inilah yang dikatakan pelanduk dua serupa, memang nampak seiras Dato’ Azril dan Dato’ Aliff. Kalau orang yang tidak tahu, memang boleh menyangka mereka adik-beradik. Apa-apa pun, semoga persahabatan Dato’ Azril dan Dato’ Aliff kekal baik sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG azrilradzi, aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: pendidikan | hiburan | olahraga | teknologi | berita | ekonomi