Artis / Selebriti
” Slang mat salleh tu, comel lah dia.. ” – Komen Netizen
Video Anak Raja Ilya, Talita Love Garrett mengira dalam bahasa Melayu raih perhatian ramai. Alahai cute sungguh Talita, siap buat gaya dan mimik muka. Comel sungguh dengar slang mat salleh dia..
Talita Love Garrett merupakan cahaya mata sulung pelakon Raja Ilya bersama suaminya, Trent Garrett yang merupakan seorang berbangsa Inggeris. Raja Ilya dan suaminya kini menetap di Australia sejak mereka mendirikan rumahtangga.
Menerusi akaun Instagram, Raja Ilya telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan anaknya itu mengira dalam bahasa Melayu. Walaupun berada jauh di perantauan, Raja Ilya tetap mengajar anaknya bertutur dalam bahasa Melayu selain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa seharian di rumah.
Nampak comel sebutan nombor oleh Talita walaupun agak pelat. Talita mengira dengan penuh gaya dan mimik muka. Menurut Raja Ilya, Talita perlu mengira dari nombor satu sehingga nombor sepuluh jika ingin menonton rancangan TV kegemarannya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika begini cara mummy Talita, nampaknya Talita akan mudah dan cepat mengingat nombor. Bolehlah Talita mengira lebih banyak nombor lagi selepas ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat Talita. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tigha.. empah..semiyah.. sepiwahhh.. hahaha mashaAllah cuteness overload.. mat salleh betul bunyinya talita…. so cute la kakak.. “
” Sepiwuh pun sepiwuh lah… pandainya masyaAllah.. Wahh senang laa kira camtu Talita…ada 4 nombor jer…thiga ampat semyan sepiuyuhhhhhh .. “
” Klau talita ni anak buah kita…mak dia kita kasi rehat,hari2 kita angkut bawa blk rumah.. Awat cute sgt nie Geram tengok dia.. Comel sgt ehh.. “
” Nyamya tuu apa Talita …slow slow u will be able to count in Malay till 100.. Slang mat saleh tu.. comellah dia.. Wah…dah hebat lettew.. good job.. “
” Comel sungguh talita ni, tak lama dah nak jadi kakak comel.. Amboi laju nya dia. Bijak comel2 Talita.. she is so cute.. “
” Love u talita yg comel Sgt2… hahaha comel je laaa awak talita.. betul2 slang dia haha.comel. talita tau x, auntie senyum2 tngok awk mngira tau.. “
” Gigit sat lagi baru tauuu. Sepiwah pon bole la Talita oiii cuteness overload. Very adorable…GOD bless you sweetheart.. “
Alahai, comel sungguh anak sulung Raja Ilya ini. Tidak lama lagi Talita juga bakal bergelar seorang kakak kerana pada masa ini Raja Ilya sedang sarat mengandung cahaya mata yang kedua. Semoga Talita Love membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Talitalove
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

