Artis / Selebriti
” Sweet tengok Maryam dengan umi, kemain teruja Maryam tunggu adik keluar.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Video Last Check Up Kandungan Isterinya, Fazeera Nazri. Telatah Comel Wan Maryam Yang Tidak Sabar Menyambut Adik Barunya Dilahirkan Buat Ramai Terhibur. Amboi Maryam, Bukan Main Yer Part Tanya Nama Baby Tu, Hehe !!
Umum mengetahui yang pelakon Fizo Omar telah pun mendirikan rumah tangga kali dua bersama wanita pilihan hatinya iaitu Fazeera Nazri. Hasil perkongsian hidup bersama, Fizo dan Fazeera telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda.
Rezeki buat Fazeera dan Fizo, ketika usia Wan Khaleeda tidak sampai setahun lagi, Fazeera disahkan hamil anak kedua. Meninjau di akaun Instagram, Fizo berkongsi video terbaru membawa Fazeera ke h0spital untuk last check up kandungannya sebelum melahirkan.
Difahamkan usia kandungan Fazeera telah pun 36 minggu lebih dan bila-bila sahaja bakal melahirkan anaknya. Menerusi video itu, turut kelihatan anak sulung Fizo, Wan Maryam juga menemani Fazeera dan Fizo.

Telatah comel Maryam yang tidak sabar untuk melihat adik keduanya telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji keakraban Fazeera bersama Maryam dan terhibur dengan percakapan Maryam dalam video yang dikongsikan itu.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Fizo dan turut mendoakan agar segala urusan Fazeera melahirkan akan dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alahai.. Kita yg rasa nak nervous bila dgr dia dah ready n tak nerv0us, hehe.. Semoga dpermudahkan urusan bersalin.. “
” Sweet tengok Maryam dengan umi, kemain teruja Maryam tunggu adik keluar. Tahniah Abg Jo, bakal timang anak lagi.. Semoga bahagia sokmo.. “
” Alhamdulillah. Suka sgt Maryam & umi dia ne.. Nampak sgt syg kt Maryam, tak bezakan pun dah macam anak kandung.. “
” Alahai ase kejap je tgk wife fizo pregnant.. Kalau diri sndri pregnant ya ampun berkira² bila la nak keluo ni.. “
” Semoga urusan bersalin isteri Abg Joe dipermudahkan.. Tumpang happy tengok kebahagiaan Abg Joe sekarang.. “
” Me 7 months, after 7 tahun last baby.. Rasa mcm 1st timer balik, tengok video ni rasa excited juga.. Semoga di permudahkan. We going to same hospital.. “
” Dah sarat mengandung pun cantik lah Fazeera.. Semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti, amin.. “
Rasa sekejap sahaja masa berjalan, kini hanya menunggu masa Fazeera akan melahirkan anak keduanya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak juga mendoakan agar urusan Fazeera bersalin nanti akan dipermudahkan, insyaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

