Artis / Selebriti
” Amb0i dengan silang kakinya, kuat berg0sip. Hehe.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Anzalna Nasir, Muhammad Eidrees Bersama Sepupunya, Anggun Darniella Mencuit Hati Warganet. Amboi Dalam Banyak-Banyak Port, Tangga Juga Jadi Pilihan. Nasib Baik Tak Pakai Baju Warna Sama, Hehe !!
Bagi yang mengikuti akaun media sosial si jelitawan Anzalna Nasir, pastinya mengetahui betapa akrabnya hubungan Anzalna bersama adik beradiknya yang lain. Tidak hanya Anzalna, malah anak sulungnya, Muhammad Eidrees juga sangat rapat dengan anak saudara Anzalna, Anggun Darniella.
Setiap kali bertemu, pastinya Eidrees dan Darniella akan berkep1t sahaja sepanjang masa dan bermain bersama. Semuanya dilakukan bersama-sama dan mereka juga manja sesama sendiri. Baik Eidrees mahu pun Darniella, kedua-duanya berwajah comel.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Anzalna Nasir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Eidrees bersama Darniella ketika sedang mengambil selfie bersama. Apa yang melucukan, port yang dipilih oleh mereka adalah di tangga.

Bak kata Anzalna, beraya di rumah orang selfie di tangga. Kenapa tangga, kerana mereka juga mengetahui perkembangan terkini yang sensasi diperkatakan sekarang. Ini hanya lah sekadar gurauan Anzalna sahaja, namun gelagat Eidrees dan Darniella itu memang menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Anzalna ini telah pun meraih ratusan komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eh ye lah dia silang kaki hahah.. Adudu trend dekat tangga eh. Nasib baik tak pakai baju warna sama haha.. “
” Haha come, nak4l mommy ni. Nasib tak pakai baju sama haha.. Muncung tu nak bawa ke mana. Ke depan sangat muncungnya tu.. “
” Kemain depan na haha.. banyak-banyak port tangga juga jadi pilihan. tak tahan tu bersilang kaki lagi.. “
” Amb0i amb0i.. dengan silang kakinya.. ee ger4m tengok Eidrees dengan Ella ni. Kamcing betul dua ketul ni.. “
” Tajuk filem, Jodoh ku di tangga haha.. Amb0i dua ketul tu bukan main lagi. Tak pernah tak lawak kapsyen Anzalna ni.. “
” Ni tangga viral sis Anzalna haha.. Cute lah dedua ni.. Bukan main selfie duduk bersilang kaki tapi tak nampak tu kakinya hehe.. “
” Haha part tangga tu win tapi tak pakai baju sama tu.. Kanak-kanak memang suka betul tangga eh.. ni memang ikut perkembangan semasa sangat.. kuat berg0sip ni hehe.. “

Macam-macam hal betul Eidrees dan Darniella, bukan main lagi muncung mulut masing-masing apabila selfie. Kapsyen mommynya pun win sangat. Tangga jangan disebut Anzalna, perkataan tengah hang4t tu, hehe. Nanti boleh lah Anzalna kongsi hasil selfie Eidrees dan Darniella, mesti comel.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir, IG The Angguns
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

