Artis / Selebriti
” Tahniah Intan preggy lagi. Nampak baby bump.. ” – Netizen
Video Terbaru Intan Ladyana Bersama Harris Aliff Dan Anak Mereka Evie Khadeeja Cur1 Perhatian Warganet. Wah Betul Rupanya Sangkaan Semua, Intan Pregnant Lagi. Harris Pun Sahkan Bakal Timang Cahayamata Kedua. Tahniah Intan, Comel Baby Bump Tu !!
Menerusi akaun Tiktok Harrisaliff, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Harris bersama Intan Ladyana dan anak mereka, Evie Khadeeja sedang menjamu selera di sebuah restoran. Intan yang sudah berhijab sepenuhnya ini semakin kelihatan cantik jelita.
Walaupun simple sahaja gaya Intan, namun tetap menyerlahkan kecantikannya. Mata warganet lebih tertumpu ke arah Intan yang kelihatan seperti ‘berisi’. Ramai yang menegur Intan seperti orang sedang hamil kerana terlihat baby bump.
Ditambah lagi Intan berdiri sambil mencekak pinggangnya, lagi jelas kelihatan. Pada ketika itu, hanya sekadar ura-ura sahaja, namun berita ini mendapat pengesahan daripada Harris sendiri. Menurut laporan Mstar Online, Harris telah pun mengesahkan Intan kini sedang berbadan dua.

Tidak menyatakan usia kehamilan Intan, Harris cuma berjanji akan memberitahu lebih lanjut mengenai kehamilan cahayamata kedua mereka ini apabila tiba waktu yang sesuai. Patut lah semakin berseri-seri wajah Intan, aura ibu hamil rupanya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@harrisaliff MashaAllah Cantiknya❤️ #intanladyana #harrisalif #fypage #foryourpage #foryou #fyp #fypp #foryou #foryourpage
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Ucapan tahniah diberikan untuk Intan dan Harris. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Betul anak kedua ni selalunya anak terkejut heheh.. tahu-tahu pregnant.. Alhamdulillah moga dipermudahkan semuanya untuk Intan.. ”
” Gini senang, org tanya terus bagi jawapan.. tahniah intan dan harris.. Alhamdulillah.. usia muda ok la hamil lg.. semoga dipermudahkn bersalin nt.. Aamiin.. ”
” She pregnant.. Cekak tangan macam tu dah paham.. Mak-mak yang kepenatan or mengah berjalan.. tahniah intan.. ”
” Nampak baby bump lah.. Cara Intan berjalan dah tahu ada baby. Cara dia bernafas dan pegang pinggang tu ibu-ibu je tahu.. ”
” Nampak baby bump lah.. comel je macam 4 bulan gitu.. haritu ada lalu fyp juga orang interview Intan, lagi jelas nampak.. ”
” Tahniah Intan preggy lagi. Cantiknya Intan ni, tak tua-tua.. kalau dapat baby gegirl pun comel.. semoga dipermudahkan intan.. ”
” Wah tahniah, patut semalam tengok fyp intan muka sembab sikit macam preggy.. Baby bump tu comel nya.. Tahniah sekali lagi Intan Haris bakal bertambah ahli baru.. ”
Alhamdulillah terjawab sudah teka-teki peminat pasangan Intan dan Harris ini. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya daripada Harris nanti. Semoga perjalanan kehamilan Intan kali ini berjalan dengan lancar sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Portal Mstar Online, IG Intan Ladyana, Tiktok Harrisaliff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



