Artis / Selebriti
” Tahniah Pak Jabit dapat menantu. Cantiknya mak pengantin, pengantin pun lawa.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis pernikahan anak perempuan Aziz M Osman dan Datin Aliah Lee, Puteri Aisya raih perhatian warganet. Cantiknya Aisya, berseri-seri dan ayu macam ibunya. Aliah pun masih maintain macam dulu, awet muda sangat..
Perkahwinan antara pengarah terkenal, Aziz M Osman bersama Nur Aliah Lee telah dikurniakan beberapa orang anak. Sekali pun kedua-duanya sudah berpisah, namun mereka masih tetap baik dan sama-sama memberikan kasih sayang kepada semua anak-anak.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Aliazekri dan Aziz M Osman, telah dikongsikan gambar dan video majlis perkahwinan anak perempuan mereka, Puteri Aisya. Majlis yang indah ini berlangsung dengan meriah dan segalanya terlihat sempurna.
Aziz menyempurnakan tanggungjawabnya untuk menikahkan Puteri Aisya dan mereka kelihatan menangis dan berpelukan setelah upacara ijab qabul selesai. Anak lelaki Aziz bernama Ameen juga tidak dapat menahan air mata dan menangis sambil memeluk Puteri Aisya.

Ramai yang memuji Puteri Aisya yang cantik seperti ibunya. Datin Aliah sekalipun sudah berusia, namun kecantikannya itu tidak pudar dan tidak dimamah usia. Datin Aliah kelihatan awet muda, tidak banyak berubah wajahnya dahulu dan kini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” It was a beautiful solemnization ceremony and reception.. You were awesome as always.. tahniah… selamat pengantin baru Aisya.. “
” Mak pengantin always cantik, tak dimakan usia langsung. mak cantik anaknya pun lawa.. macam Aliah zaman muda dulu.. “
” Cantiknya mak pengantin.. Aliah lee.. saya suka tengok dia dekat puteri impian.. ni pun macam amy mastura jugak. umur dah 4,5 series pun tak tua-tua.. “
” Ank perempuan wajip di walikan olih bapak darah daging sendiri.. wlpun berpisah adalah tanggungjwp seorg bapak.. Alhamdulillah.. Aziz dan Aliah memang parent terbaik.. “
” Tahniah dapat menantu Aliah dan Aziz.. tahniah juga untuk pengantin baru.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu.. “
” Tahniah… Inn Shaa Allah hari ini pada tahun hadapan mejadi hari yang lebih indah buat Saudara.. Aamiinn Ya Rabb.. tak lama lagi jadi atok.. “
” Tahniah pak jabit dapat menantu hahaha.. apa-apa pun tahniah bang long.. comel sangat pengantinnya.. “
Alhamdulillah selesai tanggungjawab Aziz untuk anak perempuannya ini dan sekarang menantunya pula dipertanggungjawabkan untuk menjaga puteri tersayang. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal berkekalan sehingga ke akhir nyawa dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rbeventor, IG Aziz M Osman, IG Puteri Aisya Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

