Artis / Selebriti
” Tak ada bayangan Ning, Aina bawa identitinya sendiri bila menyanyi lagu ni.. ” – Komen Netizen
Video Aina Abdul Menyanyikan Lagu Selagi Ada Cinta Nyanyian Asal Ning Baizura Di Konsert By Ajai And Mega Friends. Sedapnya Versi Aina Ni, Padu Sungguh. Tak Ada Bunyi Style Ning Baizura Langsung. Patut Lah Ajai Pilih Aina Menyanyi Lagu Ni !!
Semalam, buat julung kalinya penyanyi Ajai telah mengadakan konsert By Ajai And Mega Friends. Konsert tersebut mempersembahkan lagu-lagu terkenal yang pernah dicipta oleh Ajai dan dinyanyikan oleh beberapa orang artis terkenal tanah air. Selain kemunculan Hafiz Suip yang mendapat tepukan gemuruh, Aina Abdul juga turut menjadi perhatian para penonton yang hadir.
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan Aina diberikan penghormatan untuk menyanyi lagu ciptaan Ajai bertajuk ‘Selagi Masih Ada Cinta’ yang dipopularkan oleh penyanyi asalnya iaitu Ning Baizura di pentas konsert tersebut.
Persembahan Aina membawa lagu itu dengan gaya vokalnya membuat ramai yang terpukau dan memuji vokal Aina. Sehingga kini, perkongsian video persembahan Aina di konsert By Ajai And Mega Friends menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Mengimbas kembali, lagu Selagi Masih Ada Rindu ini adalah hasil karya Ajai pada tahun 2002 dan meskipun sudah 22 tahun berlalu, lagu ini masih menjadi siulan ramai. Sedap sungguh Aina menyanyikan lagu ini dengan versinya yang tersendiri dan tidak dibayangi oleh penyanyi asal.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ramai yang menyukai cara Aina membawa lagu tersebut. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Tak ada bayangan Ning, Aina bawa identitinya sendiri bila menyanyi lagu ni. Sedap sangat dengar.. Boleh dikatakan smua lagu Ajai buat semuanya sedap.. “
” Ning Baizura penuh prnghayatan.. Dan Aina pun ok.. Namanya penyayi kena la bawa lagu tu jadi sedap di dengar.. Dan keduanya berjaya lakukan.. “
” Lagu yang tak perlu jerit2 . Kne dgn suara Aina. Lunak d telingan. Terbaik Aina Abdul.. Saya suka vokal Aina, lain dari yang lain.. “
” Ish depa dh mmng lagu Ning msti lar sedap kalu dia bawa.. Tapi AA cuba mmbawanya smula dgn bgitu sodap sekali dgn caranya sndiri TERBAIK.. “
” Sedap je tapi lebib suka pembawakan Ning dalam lagu ni. Lebih grow dan bole rsa kekecewaan dan emosi dlm lagu tu… Btw terbaik Aina.. “
” Kan sedap tu.. Nyanyi relex mcmni.. Boleh pun.. Ni biasa nyanyi nakkkk jga jerit2.. Kalau nyanyi mcmni kn.. Sedap… Smoothhh je bnyi.. Tlinga pun tak bingit.. “
” Aina ni mmg rileks je bwk lagu2 tinggi mcm ni.. Santai je.. Tp kitonyo tak minat lgu high speech.. Penat dgr mcm jerit2.. Apepun suara Aina mmg best.. “
Semestinya Aina adalah figura yang memiliki bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Lihat sahaja lah, Aina mampu membawa lagu Selagi Ada Cinta tanpa sedikit pun membawa bayangan Ning Baizura. Apa-apa pun, semoga Aina terus maju jaya dalam dunia seni tanah air dan segala cita-cita yang impikan Aina akan tercapai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

