Artis / Selebriti
” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah Tarudin, Amad Dayyan menyanyikan lagu Kebangsaan Malaysia di pentas berprestij MotoGP Malaysia 2025 raih pujian ramai. Serius sedap sangat Amad menyanyi lagu Negaraku..
Meninjau di akaun Instagram milik amadzonofficial dan amaddayyan, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi cilik, Amad Dayyan yang juga merupakan anak kepada penyanyi Siti Sairah Tarudin sedang menyanyikan lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.
Menerusi video tersebut, kelihatan Amad segak mengenakan baju Melayu berwarna biru ketika menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat dan rasa bangga di pentas berprestij MotoGP Malaysia 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai warganet. Rata-rata warganet memuji dan meluahkan rasa kagum mendengar kelunakan suara Amad ketika menyanyikan lagu Negaraku. Menurut mereka, Amad berjaya memberikan kelainan pada nyanyiannya sehingga ada yang mengakui menonton video tersebut berulang kali.

Selain itu, menerusi perkongsian lain, kelihatan Amad turut ditemani oleh bapa tirinya dan kakaknya, Umai. Sehingga kini, perkongsian video Amad menyanyikan lagu Negaraku telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan tidak ketinggalan memberikan pelbagai kata-kata pujian buat Amad. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. Padu sangat suara dia.. “
” Bukan senang nk dapat peluang mcm ni. Punya sedap jadinya lagu Negaraku.. Tahniah Amad, moga terus berjaya.. “
” Satu dunia memandang dan mendengar suaramu Amad.. Tahniah.. Alhamdulillah amad rezeki bertubi2 ayuhhhh..”
” Sedap betul Lagu Negaraku jadinya… Tahniah Amad, fly high.. Alhamdulillah dah sihat, moga terus sukses berjaya dalam pelajaran dan kerjaya Aamiin2.. “
” Segaknya Amad .Tahniah Amad, tumpang bangga tengok.. Jaga diri, jaga adab, insyaAllah kita dikelilingi org yg baik2.. “
” Macam TokTi jugak Amad ni. Nyanyi lagu Negaraku je pun sedap.. Penyambung legasi Tokti.. Terbaik Amad.. “
” Rasa nak suruh Amad nyanyi Negaraku berlenggok lagi, tp tulah… Lagu Negaraku tak boleh ubah lenggok.. So proud of Amad.. “
Benarlah seperti yang dikatakan oleh warganet, melihat Amad menyanyikan lagu Negaraku sudah cukup membuktikan suatu hari nanti Amad bakal menjadi penyambung legasi ibu saudaranya, Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Apa-apa pun, tahniah buat Amad, ramai yang mendoakan agar Amad terus dikurniakan kesihatan yang baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG amadzonofficial, amaddayyan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

