Artis / Selebriti
” Tarikh nikah, nantikan pada tahun ni la. Not to late, not to early.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah memberi jawapan mengenai tarikh pernikahan mereka ketika ditanya semasa live raih perhatian ramai. Wah hint besar ni, tak sabar nak tengok BASS naik pelamin..
Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sudah pun mengikat tali pertunangan pada 28 Mac baru-baru ini. Ramai yang menanti pengumuman rasmi daripada pasangan ini mengenai tarikh pernikahan mereka. Ada ura-ura yang berterbangan mengatakan pasangan ini bakal bersatu pada bulan Jun akan datang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok cinta88805, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Bella dan YB Saddiq untuk Kedai Cincin Ampang (KCA) semalam. Sekian lama tidak live bersama, peminat menggunakan kesempatan ini untuk bertanyakan mengenai perancangan pernikahan BASS.
YB Saddiq membaca satu soalan daripada viewer tentang tarikh nikah mereka. Jawapan yang diberikan oleh YB Saddiq dan Bella memberikan satu hint untuk peminat BASS. Kata YB Saddiq, insha Allah mereka akan bernikah pada tahun ini juga.

YB Saddiq juga menambah, tarikhnya tidak terlalu lambat dan tidak juga terlalu awal. Bak kata YB Saddiq, tidak lah mereka akan tiba-tiba bernikah pada minggu hadapan kerana banyak persediaan rapi yang perlu dilakukan dan ianya melibatkan banyak pihak.
Jom tonton video di bawah :
@cinta88805 So guys, rasa bila🤫❤️#Bass #fyp #fypシ゚ #foryoupage #sabahantiktokers
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Saya dengar dalam jun ni, ke saya salah dengar.. sebelum 30 jun rasenye ni.. 30jun hadiah pekahwinan dorg.. “
” Takde lah lama kan.. Alhamdulillah semua mendoakan yang terbaik untuk bella dan yb.. cepat naik pelamin sweet couple.. “
” Selepas 30/6 yb bbas spenuhnye.. semoga Allah permudahkan segala urusan YBSS dan Bella.. Aamiin.. “
” Alhamdulillah semoga Di permudahkan segala urusan mereka berdua Aamiin Aamiin ya Rabbal Alamiin.. “
” Mungkin bulan 7 kot, kerana Bella suka angka 7.. apa apa pun, semoga semua perancangan bella dan yb berjalan dengan lancar.. “
” Peminat sabar menunggu. Yg penting semua dipermudakan berharap tiada masalh akan berlaku.. “
” Semoga dipermudahkan urusan penyatuan bass semoga sentiase dilindungi dr kejahatan dan keburukkan.. “
Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat, masing-masing mula berteka-teki tarikh nikah Bella dan YB Saddiq. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar semua perancangan pasangan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan untuk membina masjid.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cinta88805
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

