Artis / Selebriti
” Urut ke nak buat jemput-jemput pisang tu Tiara, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Tiara mengurut ayahnya, Achey Bocey buat ramai terhibur. Style urut apa macam tu Tiara oii. Adui lawak lah Tiara ni. Naik pening ayah dibuatnya, haha..
Bagi yang gemar mengikuti pelawak Achey Bocey, pasti mengetahui bahawa Achey sering berkongsi video yang memaparkan telatah anaknya, Tiara Zinnirah. Setiap perkongsian tersebut sentiasa mencuri perhatian warganet kerana kecomelan serta keletah Tiara yang begitu mencuit hati.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Achey, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Achey sedang mengurut badan Tiara. Menerusi kapsyen yang ditulis, Achey memaklumkan bahawa Tiara sedang demam dan meminta untuk diurut bagi melegakan badannya.
Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah momen apabila Tiara pula mengurut semula ayahnya. Telatah Tiara ketika itu nyata menghiburkan kerana dia kelihatan seakan-akan malas dan mengurut secara sambil lewa sambil tengok televisyen. Aksinya yang bersahaja itu membuatkan ramai yang menonton tidak dapat menahan ketawa.

Ramai yang mengatakan terhibur melihat telatah kelakar dua beranak ini. Malah, tidak kurang juga yang berpendapat bahawa telatah Tiara benar-benar mewarisi sikap Achey yang lucu. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet selepas menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Urut ke nak buat jemput-jemput pisang tu Tiara, haha.. Anak saya pun macam ni. Siapa mintak kuat sikit picit. Sampai turn kita, hampeh.. “
” Hahaha… Baru na puji ayah yg baik tadi hmmm tak jadilah… Hahaha… Kesian tangan Tiara sakit2 tu, hehee.. “
” Itu lebih pada garuuuu tiara zinnirah oi.. Bertuah punya anak lah.. Tiara kalau tak buat kelakar memang kan, haha.. “
” Baru urut mcm tu dh sakit tangan ye Tiara, haaha adoiii la Tiara ayah ko bkn main lgi dia urut tiba giliran ayah picit semut pn tak mati.. “
” Tgh gaul ke cubit nasik ke tu tiaraaa.. Urut2 manja tu.. Ke nk masak cekodok rot.. Comfrm comel2 cam tuan y buat tu… Hehe.. “
” Aku laaa…. Cukuplah pelawak 2 ketoi ni hari2 buat aku terhibur.. Buka je video anak beranak ni cmfm2 berdekah sampai sakit perut2 aku.. “
” Penat lah aku dengan Tiara ni, haha.. Itu bkn mengurut, tu buat Ayah terus bobok, Tiaraaa alahaii Anak Bertuah nie.. “
Perkongsian video Achey dan Tiara ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan hubungan akrab dan penuh kasih sayang antara ayah dan anak. Momen ringkas sebegini berjaya menceriakan hari ramai warganet yang menontonnya serta membuktikan bahawa kebahagiaan keluarga sering hadir melalui detik-detik kecil yang penuh makna.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

