Artis / Selebriti
” Bismillah, happy advance birthday Mama. Terpaksa bagi awal sebab.. ” – Achey
Video Achey Bocey buat kejutan beri hadiah kereta sempena hari lahir isterinya, Anne buat ramai tersentuh. Terkejut dan menangis Anne tengok kereta tu dah ada depan rumah..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak terkenal, Achey Bocey, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Achey membuat kejutan istimewa buat isteri tercinta, Anne Achey. Menurut Achey, kejutan tersebut terpaksa dilakukan lebih awal walaupun hari lahir Anne sebenarnya jatuh pada minggu hadapan.
Menerusi video yang dimuatnaik itu, Achey menghadiahkan sebuah kereta Proton X50 kepada Anne sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan. Pada awalnya, Achey bersama anak mereka, Tiara meminta Anne untuk keluar ke hadapan rumah tanpa memberitahu apa-apa tentang kejutan yang telah dirancang.
Sebaik sahaja melangkah keluar, Anne terkejut apabila melihat sebuah kereta baru sudah tersedia di hadapan rumah mereka. Reaksi spontan Anne yang terpinga-pinga dan tidak menyangka langsung hadiah tersebut membuatkan suasana menjadi sangat menyentuh hati.

Tidak dapat menahan perasaan, Anne akhirnya menitiskan air mata kerana terharu dengan usaha dan kejutan yang dilakukan oleh suaminya. Momen penuh emosi itu turut dirakam dan dikongsikan dan ianya juga mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang menonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Anne. Antara komen-komen menarik adalah :
” Benci la aku menengoknya. Dgn aku2 sekali menangis dah knp.. Semoga Allah melindungi keluarga ini dan semoga Allah memakbulkan setiap doa keluarga Ini . In Shaa Allah. Aamiin YRA.. “
” Aku lak yg sedih.. Hehehe. Sbb 25thn kawin xpenah dpt apa² hadiah birthday. Takpe la.. Belom ade rezeki. Doakn je yg baik² tok Somi.. “
” Dalam dapat hadiah kereta ada perasaan bersalah belikan dia hadiah. Isterinya layak dapat, banyak pengorbanannya pada Achey dan keluarga. Kalau korang dengar podcast Achey korang fahamlah.. “
” Terbaik achey… Isteri mmg tak akn meminta”.. Sbb faham suami.. Tp tolong sgt”.. Jgn sesekali menduakan dia.. Awk da dpt wanita yg 80% memahami awk.. Semoga kekal hingga ke Jannah.. Aamin… “
” Mesti dia teringat kehidupan dia mula sebagai seorang isteri kepada achey sebelum ada apa2.. macam achey pernah kata kerja cleaner kat bank.
” Alaaaaa sweet. So happy for you Anne. Happy birthday Anne, semoga panjang umur & sentiasa dlm rahmat Allah selalu. Amin.. “
” Alhamdulillah… Touching la pulakkkk.. Semoga berbahagia selalu.. Happy advanced birthday Anne.. “
Menurut Achey, hadiah tersebut diberikan lebih awal kerana kereta harian Anne sebelum ini iaitu Perodua Myvi, mengalami kerosakan. Justeru, dia mengambil keputusan untuk menghadiahkan kenderaan baru demi memudahkan urusan harian Anne, selain sebagai hadiah istimewa sempena hari lahirnya yang bakal tiba.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

