Artis / Selebriti
” Weh Matin menari macam Ali Baba lah. Menang besar lah Matin, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Lelaki Shuib, Ariq Matin Ketika Majlis Berinai Buat Ramai Terhibur. Alahai Matin, Family Tengah Sesi Bergambar, Boleh Pula Dia Bergelek Dengan Dayang-Dayang, Bukan Main Ligat Lagi Matin Yer !!
Umum mengetahui pada bulan lalu, pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu telah pun selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah. Difahamkan pasangan ini bakal bernikah pada tarikh 23 Jun nanti.
Dua hari lalu, Watie telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan majlis berinai. Watie dan Shuib telah berkongsi beberapa gambar di akaun Instagram masing-masing. Menerusi majlis tersebut, kelihatan ahli keluarga arw4h Siti Sarah turut hadir dan menemani Shuib.
Meninjau di akaun Instagram Berita Kopak, telah berkongsi ulangsiar video yang diambil menerusi akaun Tikt0k Makder ( isteri Raissuddin). Video tersebut memaparkan saat keluarga mereka sedang melakukan sesi bergambar, namun kelibat anak ketiga Shuib, Ariq Matin tiada.

Rupanya dalam kesibukan keluarga ini bergambar, Matin sebenarnya sedang menari bersama penari dayang-dayang majlis tersebut. Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet yang terhibur melihat gelagat Matin sedang menari.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet setelah menonton gelagat comel Matin menerusi video tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :
” Weh Matin menari macam Ali Baba lah, menang besar lah Matin, haha.. Dia punya perangai memang sebiji Shuib betul.. “
” Pak lawak betul lah si budak ni, kalau tak buat lawak memang tak sah Matin. Terhibur tengok dia menari, kemain lagi.. “
” Amboiii Matin, dikelilingi dayang-dayang yer, menari sampai lupa family nampak, hahahahaa… Comel je tengok.. “
” Hahahahaha Matin oiiiii, aduhhhhhh sempat lagi kan kau berfoya2.. Siapa yang nak kahwin ni, daddy ke Matin.. “
” Kelakar lah Matin, mewarisi bakat papa dia tau, hahaha.. Penat makcik ketawa tengok Matin punya menari.. “
” Video pun sat sangat… Mau lama lagi sikit kan boleh tengok gelagat Matin bergelek… Hamboiii sama naik dia pun dgn Ali Baba.. “
” Asal kelakar sangat ni, hahahahahaaha.. Ramai betul dayang2 tu.. Menang besar betul Matin malam ni.. “
Amboi bukan main ligat lagi Matin menari, macam Matin pula bakal pengantin. Ramai yang mengatakan Matin ini seorang yang kelakar seperti Shuib. Apa-apa pun semoga segala urusan Shuib dan Watie untuk melangsungkan pernikahan mereka nanti akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG beritakopak, shuibsepahtu, Tiktok suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

