Artis / Selebriti
” Wife dia betul-betul korbankan awning tudung dia eh.. ” – Komen Netizen
Muatnaik Video Sweet Di Dalam Kereta Bersama Isteri, Perkongsian Video Di Sebalik Tabir Mark Merekodkan Adegan Tersebut Buat Ramai Terhibur. Tak Sangka Macam Tu Rupanya Mark Dan Ezan Rekod Video Masa Memandu. Kreatif, Tak Pernah Dibuat Orang, Haha !!
Menerusi akaun Instagram Mark Adam, perkongsian sebuah video di sebalik tabir untuk salah satu video content telah meraih perhatian ramai. Mark telah memuatnaik sebuah video sedang memicit tangan isterinya, Norazah Redzuan atau Ezan ketika sedang memandu.
Perkongsian tersebut telah menerima banyak persoalan daripada netizen iaitu bagaimana Mark merakamkan video tersebut dalam kereta. Untuk menjawab pertanyaan tersebut, Mark telah memuatnaik video di sebalik tabir ketika merakamkan video tersebut.
Siap sangka Mark mengikat telefon pintarnya di kepala. Nampak kelakar pula apabila melihat cara Mark merakamkan video tetapi bertambah kelakar apabila Ezan juga turut mengikat telefonnya di kepala. Alahai, redha sungguh muka Ezan melayan kerenah Mark, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampak sangat sweet video asal yang dikongsikan oleh Mark tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk merakamkannya.
Jom tonton video di bawah ;
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Video mark senyap jeee tp boleh buat aku gelak sampai x bunyi suara.. Wifenye betul betul korbankam awning tudung dia eh.. “
” Adoi puas tahn gelak tapi salute la ngan isteri blh tahan gelak.. Ya Allah..redhonya bini kau bang.. kecik beso je dia tgk u adam.. “
” Hahahahah. wife mark layannn je . Xboleh brain die punya akal.. Wife muka mcm tak rela jer Mark paksa eh.. HaHaHaHa..made my day lahh.. “
” Hahahahhhaa… ala hawau la mark ni…. alhamdulillah da boleh tidur da.. adoi lah mark kreatif betul.. Adoii la drama bersiri ni ada je.. “
” Allahuakbar gigihnya both of you .. muka isterinya berserah je… xpelah lah xbuat hal si mark adam nie sian wife dia nk melayan hahahaha tabah ya sis.. “
” Diorang dua laki bini ni sumpah masuk air. Aku tak boleh la dua orang ni. Adui. Laki bini kepala masuk air .. sweettt..sama2 masuk air.. “
” Masuk air laki bini ni .. tak berfikir di akal lah gini jalan cite nya..hahahahahaha.. Mampu gelak je.. mmg couple another level bethol hahahaha.. “
Tak pernah tak kelakar pasangan suami dan isteri ini. Ada sahaja idea Mark yang mencuit hati ramai. Isteri Mark pun melayankan sahaja perangai ‘masuk air’ suaminya ini. Semoga pasangan ini sentiasa bahagia dan jodoh berkekalan sehingga ke syurga. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mark Adam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

