Artis / Selebriti
” Abbas tu macam rupa abah je. Abang Bilal copy Umi betul.. ” – Komen Netizen
Video Anak-Anak Neelofa, Muhammad Bilal Dan Abdullah Abbas Sedang Menikmati Makanan Masakan Neelofa Raih Perhatian Warganet. Wah Berselera Betul Makan Masakan Umi. Dah Nampak Sikit Muka Abbas, Macam Kembar Bilal. Cute Je Mulut Tu Mengunyah !!
Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas menjadi penghibur hati selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail. Bilal dan Abbas yang cuma berbeza setahun usia mereka ini membesar dengan sihat dan diasuh dengan cukup baik oleh Neelofa dan Haris.
Sebagaimana yang Neelofa pernah kongsikan, banyak masakan dihasilkan sendiri untuk Bilal dan Abbas. Neelofa juga ada berkongsikan cara pembuatan grain bars yang dimasak untuk kedua-dua orang anaknya ini dengan harapan Bilal dan Abbas akan menyukainya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Nur NLFH, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan reaksi Bilal dan Abbas ketika merasai snack grain bars air tangan Neelofa. Alhamdulillah Bilal dan Abbas menyukainya dan makan dengan cukup berselera.

Video kali ini juga, wajah Bilal dan Abbas tidak ditunjukkan secara penuh dan hanya kelihatan sedikit sahaja, namun tetap memperlihatkan kecomelan dua beradik ini. Abbas sudah menjadi seperti Bilal sebelum ini, badan berketak-ketak dan chubby.
Jom tonton video di bawah :
@seorangnur Air tangan Ummi juga yang terbaik 🥰 Berselera abang Bilal dengan Abbas makan 👦🏻 #neelofa #harisismail #neelofaharis
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah, comelnya Bilal dan Abbas makan makanan Ummi masak.. Mulut comel Abbas tu, love sangat.. “
” Dua-dua comel lah.. geramnya tengok dua beradik ni.. Alhamdulillah hadiah dari Allah dua hero ni untuk Lofa dan haris.. “
” Allah hu Akbar masyaaa Allah comelnya jari masing-masing.. geram tengok.. semoga membesar dengan sihat, Aamin.. “
” Abbas tu macam rupa abah je… abang Bilal copy Umi betul.. Geramnya jari dia, bulat-bulat je.. Macam kembar Bilal dan Abbas.. “
” Dua-dua handsome boy. Makan pun comel aihhh.. Abbas anak abah, rupa macam pak ustaz je.. “
” Ketak-ketak abang bilal dah pergi dekat abbas. why you both so cute yer.. comelnyerrr.. sekilas pandang Abbas macam Bilal.. “
” SubhanAllah comel sangat sangat abang dan adik ni. Selera betul makan air tangan umi. Cute Abbas, mulut sejemput.. “
Tidak nampak penuh wajah Abbas dan Bilal pun tetap comel adik dan abang ini. Ramai yang mengatakan Abbas seperti wajah Haris. Apa-apa pun, semoga Abbas dan Bilal membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh untuk abah dan umi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nur NLFH, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

