Artis / Selebriti
” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal membacakan surah Al-Adiyat buat ramai kagum. Wah, lancarnya bacaan Bilal. Sebutannya pun jelas dan terang. Suara pun comel sangat, hebat lah Bilal..
Anak sulung usahawan terkenal, Neelofa dan Haris Ismail seringkali menjadi perhatian warganet. Sejak Bilal masih bayi lagi, banyak kisah mengenai Bilal yang membuatkan warganet kagum. Sebagaimana yang pernah Neelofa ceritakan, Bilal sangat suka mengaji dan sudah menghafal banyak doa dan surah-surah pendek.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Invidogovelvet4, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Neelofa bersama pengasas MommyHana. Pada sesi live ini, mereka mempromosikan buku My First Book keluaran MommyHana. Buku ini mengandungi banyak pengisian ilmu agama antaranya koleksi doa harian dan surah-surah lazim.
Neelofa salah seorang penggunanya dan sekarang berkolaborasi bersama MommyHana untuk menarik lebih ramai lagi ibu bapa menggunakan buku ini. Bilal juga turut serta dalam live ini walaupun hanya suaranya sahaja yang kedengaran.

Menerusi video perkongsian ini, Neelofa meminta Bilal untuk membacakan surah Al-Adiyat. Bilal menurut arahan uminya itu dan memperdengarkan satu bacaan yang mengagumkan warganet. Pada usia Bilal sekarang, bacaannya tidak hanya lancar tetapi sebutan dan makhrajnya juga tepat.
Jom tonton video di bawah :
@indigovelvet4 MashaAllah 🤍 #bilal #neelofaharis #fyp
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik. Bijaknya Bilal, best dengar bacaan Bilal tu.. “
” Masya Allah, comelnya Bilal baca surah. Sebutannya tepat, suara pun best. Pandai Lofa dan Haris didik Bilal. Bakal imam ni.. “
” Alhamdulillah, terbaik lah Bilal. love sangat dengar suara Bilal yang comel tu baca surah ni. Tone suara macam umi dia.. “
” Sedapnya makhrajnya, masha Allah bijaknya Bilal. sejuk perut Neelofa mengandungkan Bilal. permata hati yang menjadi ladang pahala untuk umi dan abahnya.. “
” MashaAllah makhrajnyaaa, cerdik sangat Bilal ni. kecil lagi dah jadi pencinta kalam suci Allah.. macam mana lah Lofa didik Bilal sampai cerdik macam ni.. “
” Bilal yang bijak, Alhamdulillah.. Bilal yang hebat.. suara tu sedap didengar. Bilal bukak mulut je, terasa tenang bacaannya tu.. “
” Kecil lagi dah boleh hafal surah. besar nanti boleh lah Bilal jadi seorang hafiz Al-quran. moga jadi anak yang soleh Bilal.. “
Bacaan oleh Bilal itu sempurna dan tenang didengar. Alhamdulillah, rezeki Neelofa kerana Allah kurniakan Bilal kecintaan terhadap Al-Quran sejak kecil. Semoga Bilal akan menjadi seorang penghafal Al-Quran dan menjadi insan yang menyebarkan kebaikan agama kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indivovelvet4
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

