Artis / Selebriti
” Aku ingat dia kekok. Tapi dia lagi lembut dari aku. Mane dia belajar tarian dugem ni eh.. ” – Ain Edruce
Video Ain Edruce mengajar suaminya, Amirul menari dugem mengundang tawa warganet. Amboi bukan main lagi Amirul berjoget. Terkejut Ain tengok, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan Ain Edruce, pasti mengetahui yang Ain suka menyakat suaminya, Amirul. Ada sahaja perkongsian video mengenai pasangan ini pasti akan membuat ramai yang tak kering gusi ketawa kerana terhibur melihat telatah mereka berdua.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Ain, telah dikongsikan video yang memaparkan Ain dan Amirul sedang menari satu tarian bernama ‘dugem’ . Menerusi video itu, pada awalnya kelihatan seperti Ain sedang mengajar Amirul cara menari.
Tak disangka, ketika akhir video, kelihatan Amirul seperti mahir dengan tarian tersebut. Ain kelihatan begitu terkejut melihat Amirul. Tulis Ain di ruangan kapsyen, mengatakan pada awalnya dia menyangka Amirul akan kekok menari tarian dugem itu. Namun, sangkaan Ain meleset apabila Amirul rupa-rupanya boleh menari tarian tersebut dengan baik.

Perkongsian video itu sekali lagi telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat telatah Amirul menari. Sehingga kini, video Ain menari bersama Amirul menerima puluhan tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh Ain dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan warganet kepada Ain dan Amirul. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Nampak gayanya dia da biasa goyang hahaha.. Hbis lah Mirul kantoi pula kali ni.. Btw Amirul ni mmg lahir takde hati berulam perasaan kee weyyy, haha.. “
” Ain2.. Kesian kt Amirul.. Rosak dh dia dikerjakn Ain.. Suami kiriman Tuhan, pasrah je apa yang isteri dia buat dekat dia.. “
” Mirul dah banyak improvement. Sekarang dah pandai dugem.. Terkejut Ain kan tengok Amirul, hahahaha.. Ni kelakar.. “
” Aduiiiii Ain… Tak leh tahan lah tengok muka Amirul, hahahahahahaa.. Aku penat lah ketawa, penat sangat.. Tolong lah.. “
” Bakat ada tpi dia simpan untuk tempat yg betul.. Bila tgok video ni teringgat dekat ammar anak telajak laris. Bezanya ni versi ammar da besar haha.. “
” Tolong collab Mirul dgn Ammar Ahyan, hahahaha nampak gaya macam serasi ni bila bergabung.. Kelakar lah baca Ain tulis, haha.. “
” Hahahahaha iman yg stress kat belakang tgk mak dgn ayh diaaa. Hilang murung tgk gelagat korang ni ni tau, hahaha.. “
Part last paling kelakar, Ain kelihatan seperti terkedu dan terdiam melihat suaminya lebih pandai menari daripada dirinya. Apa-apa pun, perkongsian video ini hanyalah sekadar hiburan Ain dan Amirul buat tontonan para pengikut mereka di media sosial sahaja. Semoga Ain serta Amirul terus bahagia bersama dan ikatan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ainedruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

