Artis / Selebriti
” Punya semangat kita tengok dia masak apa. Hampeh betul lah Ain ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ain Edruce kongsi sedang belajar memasak buat ramai terhibur. Part last tu memang buat ramai yang suspen. Berdebar tengok, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelakon Ain Edruce, pasti terhibur dengan telatah bersahajanya. Bukan itu sahaja, video Ain bersama suaminya, Amirul juga sering mengundang tawa warganet kerana Ain gemar menyakat Amirul dengan pelbagai cara.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Ain, sebuah video yang memaparkan Ain berkongsi tentang dirinya yang sedang belajar memasak telah dimuatnaik. Tulis Ain di ruangan kapsyen, sepanjang tahun 2025 ini ramai yang tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya diam-diam belajar memasak.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ain sedang mengeluarkan sebuah bekas kaca dari dalam ketuhar sebelum meletakkannya dengan berhati-hati di atas sebuah bekas lain. Perkongsian video ini membuatkan ramai penonton tidak sabar untuk melihat hasil masakan yang disediakan oleh Ain di dalam bekas tersebut.

Namun begitu, selepas bekas tersebut diangkat, rupa-rupanya tiada apa-apa di dalamnya. Situasi itu membuatkan warganet yang menonton video ini hingga ke penghujung berasa terhibur kerana terkena dengan usikan Ain. Ada sahaja idea Ain kan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Punya semangat kita tengok dia masak apa. Hampeh betul lah Ain ni, haha.. Tapi awal2 dah memang tak sedap hati sebenarnya.. “
” Mula2 dah rase pelik kenape letak dekat tray tu… Tapi takpe lah, beginner.. Lepas tu baru nak terpekik sebab dia pegang mangkuk panas.. skali alaaaaiiiih, haha.. “
” Mati2 aku ingt dia kuarkan ayam golek siap terbalik cmtu.. Sekali muka mirul pulak terkeluarnya.. Terkena lah kita semua.. “
” Aku dh boleh agak acah2 je tp aku still nk tgk smpai habis.. Hahahaha Ain memang suka kenakan orang betul, semangat kita tengok.. “
” Hahahaha bongok lah Ain.. Penat aku tengok tau, last sekali kena tipu hidup2 dengan kau rupanyan, hahaha.. “
” Dia pegang time nk terbalik kn tu dh pelik tak panas ke hahahahahhaha dasar Ain betul.. Kau memang lah, haha.. “
” Tak tau la kenapa awal² tengok video ni mesti dah tersengih boleh agak sesuatu yang fishy pasal video ni, hahahaha.. “
Apa-apa pun, telatah bersahaja Ain ini sekali lagi membuktikan keperibadiannya yang ceria dan gemar berjenaka, sekali gus berjaya menceriakan hati pengikutnya. Tidak hairanlah setiap perkongsiannya sentiasa dinanti-nantikan dan mencetuskan reaksi positif di kalangan peminat.

Silakan SHARE..
Sumber :IG ainedruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

