Artis / Selebriti
” First time aku tengok Mirul menjawab kat Ain. Selalu dia diam je, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ain Edruce bersama suaminya, Amirul bermain permainan meneka nama kuih di Hari Raya buat ramai terhibur. Part Mirul menjawab dekat Ain tu memang kelakar. Terkedu Ain dibuatnya, haha..
Bagi yang gemar mengikuti perkembangan selebriti, Ain Edruce, pasti sudah arif dengan keletah menghiburkan Ain setiap kali muncul di media sosial. Lebih mencuri perhatian apabila dia bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkenal dengan gaya spontan dan bersahaja.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok meripergibulat, telah dikongsikan video memaparkan Ain dan Amirul bermain permainan meneka nama kuih di Hari Raya. Permainan ringkas itu kelihatan mudah, namun reaksi mereka yang penuh drama dan ekspresi wajah yang mencuit hati membuatkan suasana bertukar riuh rendah.
Sepanjang permainan berlangsung, Ain dilihat beberapa kali tersalah teka sehingga Amirul mengusiknya. Dengan nada berseloroh, Amirul tidak melepaskan peluang untuk ‘membahan’ isterinya, manakala Ain pula cuba mempertahankan diri dengan jawapan-jawapan yang mencuit hati.

Bukan itu sahaja, kehadiran Meri turut menambahkan lagi keceriaan suasana. Meri tanpa henti menyakat kedua-duanya, terutama Amirul yang kelihatan semakin ‘pening’ dengan soalan-soalan yang diberikan. Interaksi tiga mereka itu jelas memperlihatkan chemistry yang begitu serasi dan natural.
Tonton video di bawah ini :
@meripergibulat Sebenarnya dalam badan Ain ada lelaki ke? #bulanbintang
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” First time aku tengok mirul menjawab kat ain. “Tu putu mayam gila” .. Hahahahahaha. Selalu dia diam je, haha.. “
” Kalau 3 org ni masuk maharajalawak mesti dorang menangkan.. Hahaha kelakar betull perangai memasing.. “
” Banyak kali ak repet part mirul gileeekan ain, hehe bkan selalu weyh boleh dgar.. Lawak betul lah mirul ni.. “
” Member tgh tu server lain tu beb, hhaa.. Mirul ni sempoi je tengok, walaupun ada kalanya kelakar.. “
” Aku tgok mirul je, nak tgok reaction dia, hahahaa.. Sumpah lawak hat ni ahhaha terhibur aku tngok .. “
” Mirul nk terlalu sopan laaaa nk jawab soalan hahahaha cakap terus mirul, tangan tak payah angkat.. “
” Pandai menjawab gak mirul, pestime mak dengar nak.. Tolong banyak kan video diorang, meriah nampak hahahahaha.. “
Video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa Ain dan Amirul sememangnya pasangan yang penuh dengan aura positif dan hiburan. Perkongsian video sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah mampu menceriakan hari-hari para peminat yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok meripergibulat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

