Artis / Selebriti
” Alahai sebaknya, ibu yang kuat buat untuk anak-anaknya.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah Menangis Anak-Anak Datang Buat Kejutan Di Majlis Pelancaran Lagu Dan Muzik Video Tapi Bukan Denganmu. Moment Yang Sangat Menyentuh Hati, Lebih-Lebih Lagi Part Ayden Dan Ara Bagi Bunga Dan Peluk Bella. Part Ara Lap Air Mata Bella Pun Sebak Juga !!
Umum mengetahui kemelut rumahtangga yang dialami oleh penyanyi dan pelakon cantik, Bella Astillah dengan bekas suaminya sebelum ini. Pelbagai kisah duka yang dialami oleh ibu kepada dua orang cahaya mata ini. Namun akhirnya penceraian menamatkan perhubungannya dengan Aliff Aziz.
Yang terbaru, Bella telah mengadakan majlis pelancaran dan muzik video lagunya yang bertajuk Tapi Bukan Denganmu. Bella juga turut menyanyikan lagu ini di majlis pelancaran tersebut. Dapat didengar, liriknya begitu menyentuh hati. Video ini dikongsikan di akaun Instagram Astro Gempak.
Apa yang meraih perhatian ramai, Bella telah dikejutkan dengan kehadiran anak-anaknya, yden Adrean dan Ara Adreanna yang naik ke pentas. Bella kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis dengan kejutan yang diberikan itu.

Ayden dan Ara datang membawa sejambak bunga setiap seorang dan memeluk ibu mereka. Perkongsian ini membuatkan ramai yang tersentuh melihat situasi ini. Umum mengetahui, anak-anak adalah kekuatan buat Bella dan penghibur hatinya di kala suka dan duka.
Ikuti perkongsian di bawah :
Rata-rata warganet tersentuh menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Please Bella u deserved someone much2 better.. Sbb Bella org yg baik.. So please no turning back.. Keep fighting.. “
” Saya sedih dgr suaranya. Ibu yang kuat buat utk anak²nyaa.. Boleh nangis tapi tolong jangan bagi peluang.. “
” Awww so sweet anak2 dia.. Alahaiii sebaknya.. Go Bella fly high… semoga terus terbang tinggi.. sebaknya.. “
” Di sebalik sisi kite nampak bella happy tp hanya Allah yg tahu betapa luka hati dikhianat suami dan bff.. maafkan pon belum tentu mampu, apetah lg melupakan.. “
Siapa sahaja yang tidak tersentuh melihat momen seperti ini antara ibu dan anak-anaknya. Kehadiran Ayden dan Ara selain memberi kejutan buat Bella, sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan untuk Bella agar lebih berjaya dalam kerjayanya.

Sama-sama kita mendoakan semoga urusan Bella dipermudahkan. Semoga lagu Tapi Bukan Denganmu ini mendapat tempat di hati peminat-peminat Bella dan seterusnya membawa Bella lebih maju dalam bidang nyanyian. All the best untuk Bella.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

