Artis / Selebriti
” Dulu comel, sekarang cantik sangat macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
Datin Shahida Kongsi Video Throwback Telatah Anaknya, Qadejah El Zahra Ketika Kecil Sehingga Sekarang Raih Perhatian Ramai. Masa Kecil, Qadeejah Comel. Kini Dah Besar, Cantik Orangnya !!
Walaupun baru berusia 14 tahun, Qadejah El Zahra anak kedua jutawan kosmetik terkenal iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri ini sering dipuji memiliki raut wajah yang cantik dan manis persis ibunya iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid.
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan satu video throwback Qadejah atau mesra dengan panggilan manjanya, Cess ketika kecil. Tulis Datin Shahida, masa begitu cepat berlalu, kini Cess sudah pun memasuki alam remaja.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat Cess semasa kecil. Antaranya ketika sedang menyanyi dan ketika mahu pergi sekolah. Sekarang Cess sudah besar dan menjadi model produk keluaran keluarganya. Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen, antara moment-moment yang paling bahagia menjadi ibu bapa adalah melihat anak-anak membesar.

Sehingga kini, video Cess itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Ramai yang memuji kecomelan Cess semasa kecil dan juga kecantikannya kini apabila sudah besar dan menjadi anak dara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Datin ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dulu comel, sekarang cantik sangat macam ibu dia.. Terkejut Sy tgk kt ig dato video cess tudung hitam shoot billboard ngan dato, ingt sape la sbb cantik sgtttt , dah bole jd model.. “
” Cantik cess muka macam abah.. Tapi bila posing nampak air muka mama nya. Cantik sangat anak dara Datin dan Dato.. “
” Hargailah moment2 yg ada bersama anak2.. Bila mereka dah remaja dah jadi mcm kawan2 kita dah.. Ces sgt cantik dimata saya.. “
” Kawa Qedejah, beruntung DS & DS terlajak laris dot anak pandai business utk penyambung qarisan dan legasi perniagaan. Tahniah.. “
” Cepat Cess membesar… Ternyata ak sudah tua.. Cess ni datin junior betul.. Suka tengok wajah dia.. Tenang je.. “
” Betul kejap betul Cess dah besar.. Ingat lagi dlu Datin rajin share video Cess.. Cess memang petah bercakap betul.. “
” Cantik sangat lah Cess.. Semoga berjaya dunia akhirat. Jadi anak solehah yang menyenangkan ibu bapa.. Aamin.. “
Sekali pandang wajah Cess kelihatan saling tak tumpah seperti ibunya ketika menjadi model bersama Dato’ Aliff Syukri. Ada juga yang mengatakan Cess seperti mini Datin Shahida. Apa-apa pun, semoga Cess terus membesar menjadi seorang anak yang baik, solehah dan berjaya di dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

