Artis / Selebriti
” Cantiknya si kakak tu bertudung, dah besar dah dia sekarang.. ” – Netizen
Kongsi Gambar Terbaru Keluarga, Penampilan Anak Sulung Nabil Ahmad, Naira Mikayla Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Manis Betul Mika Bertudung, Nampak Cantik Sangat !!
Umum mengenali pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad. Untuk rekod, Nabil telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya, Zira Ayub dan mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Nabil telah berkongsi gambar bersama keluarganya. Namun apa yang telah mencur1 perhatian warganet adalah penampilan terbaru anak sulung Nabil, Mikayla atau lebih mesra dengan panggilan Mika yang kini sudah mengenakan tudung.
Ada peminat memuji Mika yang semakin cantik dan ayu selepas berhijab dan wajahnya saling tak tumpah seperti Nabil. Nabil dan Zira mendidik anaknya menutup aurat seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Sehingga kini, gambar Nabil bersama keluarganya telah menerima puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai Mika, kecil-kecil dahulu sudah comel, sekarang makin cantik pula. Kalau dilihat, kesemua anak-anak Nabil memang comel-comel belaka mewarisi ketampanan dan kecantikan ibu bapa mereka.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian oleh Nabil ini dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya si kakak tu bertudung, dah besar dah dia sekarang.. Mika muka sebiji Nabil.. Moga Mika jadi anak yang solehah, amin.. “
” Alhamdulillah.. Pandai Nabil didik isteri dan ank2 nya.. Slow2 dia perbaiki diri dan familinya. Suami yg baik adalah yg menjaga aurat isteri dan anak perempuannya. Terharu rasa.. “
” 1 mcm Nabil. No 2 mcm Zira No 3 Nabil + Zira. Semoga jadi anak solehah semuanya. Penyejuk hati ayah ibu. Bermanfaat dunia akhirat.. “
” Alhamdulillah syukur semoga Allah memberkati keikhlasan dan tanggungjawab sorg suami n ayah pd keluarganya… Cantik anak Nabil bertudung.. “
” Alhmdulilah hppy family, cantik wife & ank2 Nabil Zira.. Sejuk tengok anak Nabil berhijab.. Sweet sangat senyumannya.. “
” Yg sulong tu sebiji Nabil yerr.. Cute je dia pakai tudung.. Bagus Nabi, suka tengok keluarga bahagia ni, semoga keluarga Nabil sentiasa dalam lindungan Allah.. “
” Suka btuii tgk si kakak niii..Dr dia kecik lg..Comeeiii jee.. Skrg dh berhijab lg comeeiii … Syantiiikkkk.. Alhamdulillah tumpang happy tengok.. “
Sebagai ibu bapa, kita lah yang mencorakkan anak kita. Didikan dan ajaran sejak dari kecil dapat membimbing anak -anak menjadi insan yang berguna. Apa-apa pun semoga anak-anak Nabil terus membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nabilzira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

