Artis / Selebriti
” Hari ni memang rezeki, kak Norish ni hasil kerja akak.. ” – DS Aliff Syukri
Video Dato’ Seri Aliff Syukri menyerahkan gaji puluhan ribu ringgit kepada Norish Karman dan anak-anak buat warganet sebak. Rezeki Norish, sedihnya tengok anak-anak Norish menangis..
Sejak kebelakangan ini, kisah kesusahan aktres wanita, Norish Karman yang dilaporkan sedang uzur kecoh diperkatakan oleh warganet. Ianya menarik perhatian usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida untuk menghulurkan bantuan kepada Norish dan anak-anaknya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan DS Aliff menyerahkan wang gaji pertama kepada Norish dan anak-anak. Untuk makluman, Norish dan anak-anak hadir ke rumah DS Aliff untuk memohon pekerjaan.
Mereka tidak meminta wang ringgit tetapi mahukan pekerjaan yang boleh dilakukan untuk mencari rezeki yang halal. Amanda, anak perempuan Norish menjadi live host menjual produk keluaran DS Aliff dan ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada wargamaya.

Selepas selesai live, DS Aliff menyerahkan puluhan ribu ringgit secara tunai kepada Amanda. Ianya mengundang sebak di hati Amanda kerana rezekinya melimpah ruah hasil usahanya itu. Tersentuh hati warganet melihat air mata anak-anak Norish ketika menerima wang tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial Syukuri rezeki 🤲🏼 Aliff Syukri serah gaji puluhan ribu, gaji kerja Norish Karman & anak-anak di sesi jualan atas talian. Masya-Allah… 🥺✨ #MHnews #MediaHiburan #FYP
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masyallah moga Allah beri rezeki yg melimpah ruah buat datuk aliffsyukriterlajaklaris dan datin shahidadherbs org baik Allah sayang jom kita sama sama support produk Datuk Aliff Shukri.. “
” Dato bisnes jual barang kt orang.. kalau semua benda nak sorok nak senyap macam mana netizen nak tau dakwah dia berniaga tu untuk apa. Dgn itu netizen membeli, membeli sambil bersedekah.. “
” Ramai anak noris ye.. Seorang ibu tungal yg kuat utk anak2 dia… Tq Dato.. semoga dato alif panjang umur & murah rezeki. sedihnya tgk norish karman & anak2.. “
” Norish karman still nampak tak sihat ya..kesian muka pucat. Semoga Allah permudahkan urusan norish & anak2..semoga segala yg baik2 dtg kepada mereka..amin.. “
” Semoga dato & keluarga dimurahkan rezeki … semoga sis norish & anak2 juga dimurahkan rezeki seluas langit bumi & lautan tak putus2 seperti air zam2 amin.. “
” Dato alif ni mmg patut kaya pun. Sbb dia ske tlg org.. anak anak norish sopan, bagus je nampak semua.. beradab.. “
” Banjir mlm ni.. Rezeki dia dapat ank² yg sgt baik.. Hafiz & Hafizah.. MasyaAllah.. Kak Norish dgn mata ada eye bag pun nampak cantiknya dia.. Dato Alif n Datin hati murni sangat..bantu org2 dlm kesusahan..moga Allah sentiasa jaga dorang sekuage n memberi kekayaan yg luar biasa lagi.. “
Alhamdulillah, satu usaha murni daripada DS Aliff untuk membantu Norish dan anak-anaknya itu. Allah hadirkan DS Aliff sebagai orang perantaraan bagi meringankan beban Norish. Semoga DS Aliff terus dimurahkan rezeki dan Norish diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

