Viral
” Sebak tengok bila dia jadi imam. Sedap suara dia baca surah Al-Fatihah.. ” – Komen Netizen
Video remaja Kemboja yang viral, Adik Hafiz menjadi imam ketika solat berjemaah bersama ahli keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri buat ramai tersentuh. Part Adik Hafiz baca doa tu paling sebak dengar..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan DS Aliff bertemu dengan seorang remaja berasal dari Kemboja, Adik Hafiz yang tular di TikTok mengenai kelangsungan hidupnya. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai warganet yang tersentuh melihat kehidupan remaja itu.
Antara yang mencuri perhatian ialah video yang memaparkan Adik Hafiz menjadi imam ketika solat berjemaah bersama ahli keluarga DS Aliff. Kelihatan suasana tersebut begitu tenang dan menyentuh hati mereka yang menonton video berkenaan.
Selain itu, terdapat juga rakaman yang menunjukkan Adik Hafiz sedang berdoa dan membaca surah Al-Fatihah. Ramai yang kagum mendengar bacaannya yang lancar serta melihat sikapnya yang sopan sepanjang berada bersama keluarga DS Aliff.

Perkongsian video tersebut turut membuatkan ramai penonton berasa sebak dan tersentuh. Menurut warganet, wajah Adik Hafiz kelihatan sangat tenang dan sentiasa mengukir senyuman meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan hidup. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh DS Aliff itu telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@papalarisofficial Alhamdulillah, papa rasa sangat tenang lepas jumpa dengan adik Hafiz ni. Dia seorang anak yang baik budi pekertinya, hormat orang tua dan sangat kuat keyakinannya terhadap rezeki Allah. Papa doakan adik Hafiz berjaya suatu hari nanti dan dapat membantu keluarga adik. Doa papa dan rakyat Malaysia sentiasa mengiringimu adik Hafiz.
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Dato’ Aliff ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebak tengok bila dia jadi imam. Sedap suara dia baca surah Al-Fatihah.. Wlaupun dia tk berpelajaran tpi dia ada adab yg baik.. Semoga hafiz syurga tmpt kmu .. “
” Muka budak ni bersih, senyum dia ikhlas.. Dia Tidak meminta2 tpi rejeki tu dtg tk terduga.. Rejeki dia sbb niat dia me muliakan Ibu bapa nya.. “
” Adik tue tak menagis kami yg menagis.. Sihat selalu ya adik, bila awak sihat, InsyaAllah awak akan dapat jaga family awak dengan baik dan cari rezeki, Adik doakan kami jugak.. Terima kasih Dato’Moga murah rezeki dato.. “
” Knpe tgk muka adik ni aku sdih trharu sgt smge adik dimurkn rzki mlmpa ruah dan diprmudkn sgla ursn aminn.. “
” Masyallah senyuman penuh ketenangan,walau adik dah bnyak lalui kesedihan dan penderitaan.. 24jam dia senyum weh manis pulak tu.. “
” Touching plak tgk adik hafiz ni, tenang ja tgk muka dia.. Sentiasa berniat baik.. Sentiasa mengutamakan mak ayah dia.. semoga berjaya di dunia dan di akhirat adik hafiz.. “
” Asal aq tgk video niey aq sedih sgt Allahuakbar.. Menitis air mata aq… Semoga Allah permudahkan urusan Dato’ dgn adik Hafiz.. Insyaallah pasti Allah bantu.. Terima kasih Dato’.. “
Dalam pada itu, ramai juga mengambil kesempatan memuji sikap DS Aliff yang sudi membantu Adik Hafiz. Warganet turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan semoga DS Aliff terus dimurahkan rezeki serta berharap segala urusan Adik Hafiz akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok papalarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

