Artis / Selebriti
” Hebat, uiiii mantap suara Ustaz.. ” – Netizen
Video PU Riz Menyanyikan Lagu Hazama Raih Pujian Ramai. Wah Tak Sangka Berbakat Juga Dalam Nyanyian, Merdunya Suara. Melawak Boleh, Menyanyi Pun Boleh !!
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail merupakan seorang pelakon dan juga pendakwah bebas yang mula mencipta nama sejak menyertai program realiti Pencetus Ummah Musim ke 4. PU Riz juga merupakan suami kepada selebriti terkenal, Neelofa.
Meninjau ke akaun Instagram, p0sting terbaru PU Riz telah meraih perhatian ramai. PU Riz telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang menyanyikan sebuah lagu nyanyian Hazama yang bertajuk Relakan Jiwa.
PU Riz juga turut bertanya kepada pengikut akaun Instagramnya sama ada suaranya sesuai atau tidak untuk menjadi penyanyi pula. PU Riz juga turut meminta pendapat penyanyi asal lagu tersebut di ruangan komen.

Perkongsian ini telah mendapat lebih 20 ribu tanda suka walaupun baru dikongsikan dalam tempoh 3 jam yang lalu. Ramai memuji suara nyanyian PU Riz yang dikatakan sangat merdu dan boleh membuat album.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini menerima banyak pujian daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Padu2 Boleh Buat Albumm.. biasanye org pndai mgaji berlagu boleh menyanyi.. terlebih lepas ni.. dh lah smart. suara sdp.. “
” MasyaAllah, boleh buat album single dah pas ni.. boleh dooh dh tu.. Smartt ustazz.. Mmg org pndai mgaji bleh menyanyi.. “
” Masyaa’Allah. Hebat.. Uiiii mantap sore ustak.. Perghhh letopz.. Buat lagu nasyiddd ustazzz.. Nice la suara.. Multi talented.. “
” MasyaAllah laki orang.. Mimpikah ini.. Mantap, Soon the mask singer.. Sayo Pon bulih takak nok jadi juri tu.. “
” Bestnya Usztad ni, Sucha a gifted talent, bleh melawak, menyanyi smua.. Fuh fuh boleh nyanyi dan berlakon.. “
” Mantap boss.. subhanallah multi talented hrisbismail ni.. ingat berlakon jer pandai.. Sedapnyaaaa suara.. Calon GV9 ke Gema GV 2022 ? “
” Tempat lif pun boleh ustazboss nyanyi. masyaallah ustazbosss.. Okay boleh bg 3 bintang. Tp kena praktis lagi. Catit dalam PLANNER TAHUN DEPAN.. “
Nampaknya PU Riz bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah boleh juga menyanyi. PU Riz juga mampu membuat lawak apabila membuat kemunculan dalam Maharaja Lawak Mega baru-baru ini. All the best buat PU Riz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Haris Ismail
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

