Artis / Selebriti
” Power lah boleh masuk macam tu je. Memang power korang ni.. ” – Netizen
Video Suasana Kelam Kabut Pemuzik Leman Band Di Tepi Stage Ketika Bunda Hetty Koes Endang Tiba-Tiba Menyanyi Semasa Memberi Komen Kepada Ezad Lazim. Fuhhh Semua Cuak Nak Start, Takut Salah Genre. Lawak Reaksi Masing-Masih. Nasib Baik Penn Pandai Teka, Padu Lah !!
Selain peserta, juri-juri yang mengadili All Stars Gegar Vaganza juga menjadi perhatian ramai. Masing-masing ada karakter tersendiri yang melengkapkan lagi program ini. Bunda Hetty Koes Endang antara yang disegani dan suka memberikan tunjuk ajar on the spot.
Meninjau akaun Tiktok PennBassChannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana kelam kabut Leman Band di tepi pentas apabila Bunda Hetty tiba-tiba sahaja menyanyi ketika memberikan komen kepada Ezad Lazim. Bunda Hetty menyanyikan lagu bertajuk Buih Jadi Permaidani, lagu asal kumpulan Exist iaitu Mengintai Dari Tirai Kamar yang diubah sedikit liriknya.
Apabila Bunda Hetty buka suara sahaja, masing-masing tidak tahu apa genre yang ingin dimainkan untuk mengiringi nyanyian Bunda Hetty itu. Penn bertanyakan kepada kawan-kawan musician yang lain adakah muzik keroncong dan semuanya menjawab tidak tahu.

Jenk si drummer pula sampai ‘takut’ hendak memulakan muzik. ‘Bantai’ sahaja muzik keroncong dan ternyata ia kena dengan nyanyian Bunda Hetty. Memang power lah geng Leman Band, begitu smooth dan muzik masuk dengan alunan suara Bunda Hetty tu.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@pennbasschannel Bila JURi TiBA-TiBA NYANYi #gegarvaganza #pennbasschannel #bandleman #hettykoesendang
Perkongsian oleh Penn ini sehingga kini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Keroncong pun jadi haha.. Jenk tu tanak tak0t haha.. g1la memang power Leman Band ni. keroncong kan makanan kau dulu mat haha.. ”
” Memang power la korang ni Penn hehe. Jenk tak0t apa tuh, tak0t nak masuk drum eh. Salah pattern habis rosak program.. ”
” Power lah boleh masuk macam tu je.. memang power dorang ni, suka sangat-sangat tengok back stage macam ni. Macam-macam perangai.. ”
” Liriknya lari jauh haha.. good job teams.. Power Penn and the band.. Tak nak, tak nak, tak0t pastu jadi elok arrangement muzik tu.. ”
” Tererrr power rangers hampaa, mantap band. Kencorong buih jadi permadani hehehe.. ‘kelam kabut yang seronok ditonton hehe.. ”
Mana tak takut masing-masing, salah masuk muzik akan mengganggu program. Risau juga jika kena bebel dengan Bunda Hetty, hehe. Apa-apa pun, Leman Band memang terbaik lah. Dalam kelam kabut pun endingnya tetap padu alunan muzik daripada Leman Band.

Itu kisah minggu ini, minggu hadapan entah apa lagi kej0tan yang bakal terjadi di All Stars Gegar Vaganza. Yang pasti warganet suka melihat video back stage yang tidak dipertontonkan di kaca tv ini. Semoga Leman Band terus maju jaya dan ceria selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok PennBassChannel, tt minatkarok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

