Artis / Selebriti
” Putih melepak baby, cantik sangat nama tu. Nostalgia betul nama.. ” – Netizen
Gambar Dato’ Jamal Abdillah Bersama Cahayamata Keempatnya Yang Baru Lahir. Alahai Comelnya, Nama Pun Sedap. Mengimbau Sangat Filem Azura Ni, Tahniah !!
Dato’ Jamal Abdillah antara penyanyi lagenda yang cukup terkenal dan digelar sebagai Raja Pop Malaysia. Menurut laporan Harian Metro beberapa hari yang lalu, Jamal memberitahu tentang impiannya untuk memberi nama cahayamata keempatnya sebagai Zack.
Dato’ Jamal menikahi Zai Izzati dan telahpun mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Azura Yamani yang kini berusia setahun. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dato’ Jamal dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
Meninjau akaun Instagram Yamani Abdillah, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Dato’ Jamal bersama cahayamata barunya itu. Menamakannya sebagai El Isaac Yamani, kelahirannya yang sepatutnya pada 17 November diawalkan kepada 11 November kerana tarikhnya yang cantik.

Sebagaimana anak perempuannya Azura juga memiliki tarikh lahir yang cantik iaitu 10 Oktober namun kelahiran Azura pada tarikh itu hanya sekadar kebetulan. Kelihatan dalam gambar ini wajah Zack yang berkulit putih dan hitam rambutnya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkhabaran ini menggembirakan dan menerima ucapan tahniah daripada peminat. Nampaknya Azura dan Zack sudah lengkap dalam keluarga Dato’ Jamal. Antara komen-komen mereka :
” Fuh baby 11.11, syukur alhamdulillah. Tahniah Dato’ Jamal dan seluruh keluarga atas kelahiran putera baru. Comel sangat.. “
” Wah azura ada sekarang zeck datang, tahniah adek dpt adek baru.. Alhamdulillah putih melepak baby. Macam Azura juga comel ni.. “
” Tahniah Osama dan Dato’ Jamal Abdillah. so cute mcm Azura, putih betul baby baru ni. Nampaknya Azura dan Zack sudah bersatu kembali.. “
” Tahniah abg, dpt adik baru lagi. Tahniah ler chor dpt adik lg er kome. Lengkap sudah Zack dan Azura.. Azura dan Zack berpis4h tiada, love.. “
” Congratulation.. cantik sangat nama tu. Wow Z dah lahir nak jumpa Azura. Nostalgia betul nama yang cukup istimewa.. “
” Putihnya alahai.. Zeck Zeck hati kau ker4s Zeck. Moga El Isaac jadi anak yang soleh. Tahniah Dato’ Jamal sekeluarga.. “
” Wah dah dapat Azura dan Zack. Congrats Dato, congrats abang to adik-adik. Semoga menjadi anak yang soleh buat keluarga.. “
Memang mengimbau sungguh nama-nama anak Dato’ Jamal ini. Kenangan filem Azura dan nama watak yang menaikkan nama Dato’ Jamal diabadikan pada anak-anaknya. Apa pun, sekalung tahniah diucapkan atas kelahiran Zack. Semoga Datin Zai dan Zack sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yamani Abdillah, IG Jamal Abdillah Official, IG Azurayamani, Portal Harian Metro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

