Viral
” Saiz rumah 10 x 10, takde bilik, 5 orang anak.. ” – DS Aliff Syukri
Video Dato’ Seri Aliff Syukri mengunjungi rumah Adik Hafiz Kemboja buat ramai tersentuh. Allahu, sebak sangat tengok, rumah sekecil tu perlu berhimpit satu keluarga..
Remaja Kemboja viral, Hafiz terus mendapat perhatian warganet. Dato’ Seri Aliff Syukri antara yang menghulurkan bantuan kepada Hafiz baru-baru ini. Selepas kehadiran Hafiz ke rumah kediaman DS Aliff, giliran DS Aliff pula mengunjungi rumah sewa Hafiz.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktokjreffahmadufilaadama, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi DS Aliff ketika masuk ke rumah sewa Hafiz itu. Kata Hafiz, rumah sewa ini kadar sewaannya sebulan adalah RM200 dan baru didiami sejak setahun yang lepas.
Sebelum ini, rumah yang Hafiz diami lebih kecil daripada rumah sekarang. Kata DS Aliff, rumahnya sangat kecil dan tidak ada bilik. Ibu bapa Hafiz menggunakan kain yang diikat seperti tirai sebagai pembahagi ruangan antara tempat tidur Hafiz dan ibu bapa.

DS Aliff juga secara spontan baring di ruang tidur Hafiz dan tindakannya itu mengagumkan warganet. Tambah DS Aliff lagi, rumah ini sudah lah kecil, dalamnya pula terasa panas kerana bahang matahari. Ujar DS Aliff, keadaan ini dapat menginsafi orang lain untuk selalu bersyukur.
Jom tonton video di bawah :
@jreffahmadufilaadama terbaik dato #membelisambilbersedekah #affiliatemarketing #jerukmanggadatoalifsyukri
♬ original sound – effah (affliate madufilaadama) – effah (affliate madufilaadama)
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Rezeki keluarga mualaf…. Allah swt telah atur… melalui Datuk Alif Syukri… dan yg membeli pun dapat pahala…. Alhamdulillah.. “
” Walaupun kecil rumahnya, dorang jaga kebersihan.. kecil atau besar rumahnya tak penting sebab dorang satu family bahagia.. “
” Terbaik dato.. hatinya mulia baik sangat mudah rezeki dato.. Ya Allah siap baring lagi Dato, memang humble betul. dato’ pun teringat kenangan dia dulu hidup susah.. “
” Rezeki seseorang kita tak jangka. terbaik lah dato’ ni. dia pernah hidup susah dan rasa susahnya nak cari duit dulu. kisah dato lebih kurang dengan hafiz.. “
” Sayu dan sebak bila tengok video ni. kita rasa kita dah susah, tapi ada lagi orang yang lagi susah dari kita. syukur lah dengan apa yang Allah bagi.. “
” Orang kaya tapi pernah rasa susah, tengok lah selamber je dato’ baring dekat bawah camtu.. ikhlas dato nak tolong hafiz tu.. “
” Hidup susah pun Hafiz tak merungut. Senyum je dia cerita dengan bangga ni rumah dia. dia tetap syukur ada rumah untuk berteduh.. insaf aku.. “
Rumah sekecil itu didiami oleh Hafiz sekeluarga, namun mereka tetap bersyukur masih ada tempat berteduh. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk Hafiz agar dia dapat menjaga kedua ibu bapa dan adik-adiknya untuk hidup yang lebih sempurna.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok jreffahmadufilaadama
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

