Artis / Selebriti
” Sumpah, nak bergolek part bihun tu. Sakit perut aku ketawa tak henti, haha.. ” – Komen Netizen
Video Pak Azad Dan Eira Syazira Bercerita Kenangan Masa Mula-Mula Bercinta Dahulu Buat Ramai Terhibur. Part Masa Makan Kat Hotel Dan Part Eira Masakkan Bihun Goreng Kelate Untuk Pak Azad Tu Paling Kelakar. Berdekah Gelak Weh, Haha !!
Pasangan Eira Syazira dan Pak Azad antara pasangan yang disukai oleh ramai wargamaya. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang sama iaitu mudah terhibur. Pak Azad suka membuat lawak, manakala Eira pula seorang yang suka ketawa. Setiap kali pasangan ini membuat live bersama, pastinya penonton akan ketawa sehingga ke akhir video.
Menenerusi perkongsian di akaun Tiktok Panglima Hitam9, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan mereka bercerita kenangan ketika bercinta dahulu. Sejak dari pertama kali keluar makan bersama lagi, Eira sudah ada ‘instinct‘ tentang Pak Azad.
Pak Azad disifatkan oleh Eira seorang lelaki yang gentle dan menjadi dirinya sendiri. Pak Azad tidak berpura-pura dan berlagak seperti orang senang. Ini juga menjadi penyebab utama Eira jatuh hati kepada Pak Azad dan menerima Pak Azad sebagai peneman hidup.

Eira dan Pak Azad juga turut berkongsi kisah pertama kali Eira memasak untuk Pak Azad. Cara Pak Azad bercerita dengan ekspresi wajahnya yang kelakar turut membuatkan warganet terhibur. Banyak sungguh moment-moment yang kelakar zaman percintaan Pak Azad dan Eira ini.
Jom tonton video di bawah :
@m.ikhwan_amin_007 Replying to @AlFiy 🌸 first time pak Azad keluar makan dengan Elra dekat hotel lima bintang tapi pak Azad hanya ada RM50 apa yang terjadi sangat kelakar sila Tonton @E I R A S Y A Z I R A @Azad syazira roses #fyp #TikTokAwardsMY2024 #fypシ゚viral #sokongmalaysia🇲🇾 #viral #pakazad #1🇲🇾 #sepatu #fypシ #pakazad #sepah #suamiisteri
@m.ikhwan_amin_007 Replying to @huns sambungan video pak Azad bercerita kali pertama keluar makan dengan Elra dekat hotel lima bintang pak Azad hanya ada RM 50 sahaja nak tahu macam mana bayar sila tonton sangat kelakar @E I R A S Y A Z I R A @Azad syazira roses #fyp #TikTokAwardsMY2024 #fypシ゚viral #sokongmalaysia🇲🇾 #viral #pakazad #1🇲🇾 #pakazad #sepatu #fypシ #sepah
@m.ikhwan_amin_007 Replying to @KAK FIZA Sambungan cerita Ira masak bihun dekat pak Azad Mula-mula diorang kenal memang kelakar nak mampus part 3@E I R A S Y A Z I R A @Azad syazira roses #fyp#TikTokAwardsMY2024 #fypシ゚viral #sokongmalaysia🇲🇾 #viral #pakazad #1🇲🇾 #sepatu #fypシ #sepah #Eirapakazad
Perkongsian ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni baru 1 kepala haha.. ” siapa bergurukan siapa ini … pak azad , eira time pelakon punya laa lembut ” sekali realiti nya , nah.. ”
” “ Percaya gerak hati tu “ aku pun auto gelakk haha.. Allah aku dri awal sampai habis gelak.. Bestnyaaaa aaannn kalau asik gelakkkkk camni ngan pasangan kan.. “
” Diorang memang takda cover langsung. since the beginning weiii.. .macam ni la yg kita mahu.. sumpah nk bergolek part mihun manis tu haha.. “
” Betul masa tuu kat mana2 muka iera. Bila dia couple dgn pak Azad, aku ingtkan Pak AZad anak org kaya. Hahaha laaa rupanya begini citernya.. “
” Aduhhh kelakarlah Pak Azad… bagus pak azad ni jujur dan jadi diri sendiri. sakit perut aku ketawa tak henti dengar cerita dorang ni.. “
” Pasangan yang sama2 jujur.. aku suka pasangan ni, dua-dua lawak.. alhamdulilah moga bahgia hgga ke jannah.. “
” Pak Azad tak pernah tak kelakar. sorang nak ambik hati, sorang nak jaga hati.. Itulah defination… mase bercinta semua indah2 tapi hampa smpai skrg indah-indah.. “
Pak Azad dan Eira antara pasangan yang kelakar dan menghiburkan. Kisah ketika awal percintaan mereka mencuit hati ramai. Semoga selepas ini akan ada lagi banyak lagi kisah-kisah yang menarik dikongsikan oleh pasangan ini. Pasti ramai yang tidak sabar untuk mendengar perkongsian mereka yang lain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Panglima Hitam9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

