Artis / Selebriti
” Time nak massage la big boss datang, haha. Sporting betul CEO, cool habis.. ” – Komen Netizen
Video CEO Astro, Euan Smith Hadir Ke Konti Era FM Untuk Melihat Pak Azad Selepas Perlawanan Menentang Jojo Raih Perhatian Warganet. Ramai Baru Kenal CEO Astro. Sempoi Dan Sporting Sungguh Tuan CEO. Siap Angkat Pak Azad, Hehe !!
Era Fight Club menemukan peninju kebanggaan negara, Johan Ghazali dan salah seorang penyampai Era iaitu Pak Azad. Perlawanan antara Jojo VS Jadjad yang diadakan pada 1 Oktober jam 930 pagi mendapat perhatian ramai. Pelbagai peristiwa mencuit hati terjadi sepanjang perlawanan.
Selepas perlawanan selesai, Pak Azad terpaksa mendapatkan rawatan urutan badan gara-gara badannya yang penat ekoran bertinju dengan Jojo. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan CEO Astro, Euan Smith hadir ke konti Era untuk melihat Pak Azad.
Pak Azad ketika itu sedang diurut badannya oleh seorang tukang urut dan Nabil memulai perbualan bersama bigboss besar mereka itu. CEO Astro ini juga turut dipertontonkan video Jojo menentang Pak Azad. Lebih menarik, CEO cuba mengangkat Pak Azad sama seperti yang dilakukan oleh Jojo.

Untung geng Era ada CEO yang sporting dan peramah dengan orang bawahannya seperti ini. Nabil sempat membahan Pak Azad di hadapan CEO. Ramai di kalangan warganet yang baru kali pertama melihat CEO Astro dan tidak mengenali beliau sebalum ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Uihh CEO Astro mat saleh rupanya.. astro founder Ananda Krishnan, chairman Ku Ali, CEO 2023 euan smith baru ku tahu.. “
” Aku anugerahkan pak azad paling sempoi sepanjang zaman… pak azab trbaik.. CEO pun masuk air haha.. “
” Big boss sudah mari.. Jadjad minta cuti 3 hari haha.. ceo dh mcm member lepak2 mamak dah.. ceo pun pening melayan anak buah loyar buruk.. “
” Bos stedy anak buah pun stedy xpayah nak protokol sgt jnji pandai bt keja haha.. studio nak mengurut ka nak tido ka janji pandai bt keje.. “
” Time nak massage la big boss datang hahaha.. Sempoi boss.. pak azad punya doom,, tak boleh bawak bincang ooooo.. lawak pak azad ni, sempat mengadu haha.. “
” Sporting betul CEO diorang ni.. best dapat CEO macam ni.. cool habis.. ceo msuk air, haha… best siak kalau dpt ceo mcm ini.. “
” Sporting ceo nya melayan kerenah. ceo sempoi layan content.. boss pun masuk air sama.. Bila kau staff ksygn boss haha. ini bukan level kaki kipas, ini da level jet kapal terbang.. “
Seronok semua apabila CEO datang menjengah ke konti,. CEO pula seorang yang cukup sporting, lagi seronok masing-masing bercerita. Apa-apa pun, semoga Pak Azad baik-baik sahaja dan hilang segala sakit uratnya selepas selesai berurut. Perlawanan Jojo VS Jadjad yang akan menjadi kenangan untuk Pak Azad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

