Artis / Selebriti
” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
Pak Nil minta netizen edit gambar ‘kahwin’ dengan Hawa Rizwana. Hasil suntingan gambar-gambar daripada netizen buat ramai netizen. Wah kreatif betul rakyat Malaysia. Majlis ‘Kahwin’ kat dasar laut pun ada. Menangis kalau Boss James tengok ni, haha..
Pengacara versatil tanah air, Aznil Nawawi sekali lagi mencuit hati warga maya dengan idea spontan yang mencetuskan gelombang kreativiti netizen. Menerusi satu perkongsian di media sosial, figura mesra disapa Pak Nil itu secara berseloroh meminta pengikutnya menyunting gambarnya bersama personaliti televisyen popular, Hawa Rizwana di atas pelamin.
Lebih menghiburkan, Pak Nil berseloroh mengatakan suntingan tersebut dibuat agar Boss James merana kerana kini sedang hangat diperkatakan hubungan mesra Boss James dan Hawa. Kenyataan bersahaja itu terus mengundang pelbagai reaksi lucu dan idea kreatif daripada netizen.
Pelbagai hasil suntingan dikongsikan oleh Pak Nil. Daripada konsep perkahwinan dalam taman fantasi hinggalah tema paling ‘in’ iaitu persandingan di dasar laut. Ada yang menampilkan pasangan tersebut lengkap berpakaian pengantin tradisional Melayu, malah ada juga meletakkan gambar Boss James sedang menangis.

Kreativiti netizen jelas tiada batas. Setiap hasil suntingan tampil dengan sentuhan unik, membuktikan bakat penyuntingan digital rakyat Malaysia bukan calang-calang. Pak Nil yang sememangnya dikenali dengan sifat sporting dan suka berjenaka dilihat terhibur dengan respons luar jangka tersebut.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Makin lama scroll gambar ni, muka paknil semakin menjadi James hahahahahha Pandai paknil menyakat boss james ye haha.. “
” Saya suka yg abg nangis depan pelamin tu. Aduhh boss james nak raya pun tak senang oi tgok gmbr ni may the best man win ye boss james .. “
” Hahahahha.. tu la Boss James slow sangat. Bagi payung la..haha .. Approved Pak Nil. Gambar dlm air tu boss james yg nikah.. “
” Selamat Pengantin Baharu Pak Nil, semuga bahagia hingga ke akhir hayat. jodoh kuat ni Pak nil..Tang hidung korg brdua copypaste betollll.. “
” Cinta ke dasar lautan.. apa2 pun, manis2 belaka gambar tu.. Semuaaa cantik tp muka paknil dah nak sama dgn muka boss james la pulakk.. “
” Hahahaha boss James tuh takleh blah laaa.. Underwater tu menyalaaaa la paknil.. Masalahnya semua gambar pak nil bambam.. “
” Muka hawa maintain, muka paknil mcm2 version dah iras boss james .. Jemput datang tu yang tak tahan. Pak Nil nih.. “
Gurauan santainya berjaya mengeratkan lagi hubungan dengan peminat, selain menceriakan suasana media sosial. Apa-apa pun, jelas semuanya sekadar hiburan semata-mata. Yang pasti, kreativiti netizen memang paling menjadi, siap boleh bawa pengantin ‘berkahwin’ sampai ke dasar laut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aznil Hj Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

