Artis / Selebriti
” Ya, kami sudah put0s tunang. Jodoh kami tertulis sampai di situ sahaja.. “
Pengakuan Penerbit Filem Hafiz Rozlan Tentang Pertunangannya Bersama Azar Azmi. Moga Kedua-Duanya Kuat !!
Nama Azar Azmi mula tular apabila lakonannya dalam drama Nur 2 mendapat pujian ramai. Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah binti Azmi dilahirkan pada tanggal 13 Mac 1989 di Rembau Negeri Sembilan. Beliau adalah anak ketiga daripada lima orang adik beradik.
Langkah seni Azar bermula dengan penyertaannya dalam pertandingan Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa, Izara Aishah dan Anzalna Nasir. Dikenali sebagai pelakon, drama pertama lakonan Azar Mr Boss Miss Stalker pada tahun 2016.
Setelah itu, Azar menerima banyak tawaran lakonan lain antaranya Suri Hati Mr Pilot, Gerak Khas, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi. Namun namanya mula menjadi bualan peminat setelah lakonan berkesan dalam Nur 2 yang benar-benar membuatkan penonton jadi benc1 pada karektor yang dibawakannya itu. Drama terkini lakonannya bersama Azlee Khairi dan Fizo Omar berjudul Maaf Tak Indah juga membuatkan namanya semakin disebut-sebut.

Menurut laporan Harian Metro, ikatan pertunangan antara Azar Azmi bersama penerbit filem, Hafiz Rozlan dikatakan sudah berakh1r Februari lalu. Tidak menjelaskan secara terperinci sebab musab4b terjadinya peristiwa ini, Hafiz hanya meminta didoakan segalanya yang terbaik buat dirinya dan Azar.
Untuk pengetahuan, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Disember yang lalu. Mereka turut merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini. Namun segalanya telah tertulis, mungkin tiada jodoh antara mereka.
Rata-rata netizen turut tumpang sed1h dengan berita ini. Antara komen-komen netizen :
” Sebaik-baik ketentuan dariNya.. “
” Ya Allah.. Sed1hnya.. ”
” Tak apalah dah tak ada jodoh.. “
” Aku baru tau yg dia ni tunang org drpd artikel put0s tunang ni… huhu.. “
Walau apa jua alasannya, hanya Azar dan Hafiz sahaja yang mengetahui. Namun Hafiz tetap mendoakan segalanya yang baik untuk bekas tunangnya itu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segalanya dipermudahkan buat Hafiz dan Azar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG & Web Harian Metro, IG Azar Azmi by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

